tak terjumpa akan apa-apa
hati kosong, fikiran jauh pudar, jiwa terasa tak terisi
mungkinkah pada lingkungan kita-kita ini
perasaan seperti itu adalah sesuatu yang biasa dialami?
pandang depan, pandang belakang
tak terlihat akan sesuatu
jalan kosong walau ramai yang pergi dan balik
ruang kosong walaupun masa tak pernah terhenti
di mana kedudukan diri dalam dunia yang serba boleh ini?
kalau nak di ikutkan fikiran jauh dari normaliti
mungkin kita dah tersasar dari jalan yang sepatutnya
sebenarnya aku bersyukur punya sahabat seperti anda semua
YOU HOLD ME BACK...
wahai teman yang mungkin punya rasa seperti aku ini
usahlah sedihnya berpanjangan
kerana musim bunga sentiasa muncul
walaupun di Malaysia tiada 4 musim
dalam hidup ini musimnya sentiasa silih berganti
insyaAllah, im gonna hold you too ;)