Thursday, July 29, 2010

Apalah sangat jika kejayaan diukur dengan langkah kita dalam membuat sesuatu pekerjaan. Seandainya berjaya, dipuji, diarak dan diraikan dan sekiranya tewas mengorak langkah dengan sempurna, kita dikeji, dikritik dan kreadibiliti kita disoal hanya disebabkan tindakan kita yang satu itu. Saat kita di puncak, dihidangkan segunung tawaran untuk menyunting kepakaran kita. Seandainya tersungkur, manusia lebih gemar memandang pada sesuatu yang lebih enak untuk dilihat seperti kejayaan orang lain. Kekalahan itu biasanya dilihat sebagai sesuatu yang negatif dan tidak layak untuk diambil pengajaran daripadanya dan lebih mengagungkan pihak yang menang. Orang yang tersungkur itu dibiarkan mengutip kembali cebisan-cebisan hidupnya dan juga maruah dirinya yang masih ada pada dirinya. Setiap perbuatan itu ada dua kemungkinan; keberanian menerima ketewasan kita dan juga segala tomahan sekiranya tidak berjaya berdasarkan ukuran masyarakat ataupun berasa bangga kerana berjaya mencapai matlamat hidup sekaligus merangkul gelaran juara dalam pandangan masyarakat. Seharusnya perasaan rendah diri harus ada dalam diri kerana kita boleh berada di atas dan juga di bawah dalam sekelip mata sekiranya dikehendaki Allah. Oleh itu, itu bermakna sesiapa juga berpeluang untuk berjaya kerana kejayaan tidak terletak pada keturunan, bangsa, agama dan juga kedudukan sosial dalam masyarakat. Sedarlah bahawa ketekunan kita merupakan antara sebab sesetengah individu mencapai kejayaan dan keadaan sebaliknya kepada sebahagian individu yang lain. Tiada sesiapa dilahirkan dengan genetik kekalahan dalam hidup. Peringatan ini terletak kepada diriku dan juga kepada sahabatku yang membaca kerana kejayaan diberikan kepada orang yang berusaha.

Monday, July 5, 2010

apa erti kupu-kupu kepada dunia yg lebih besar dan tak kurang bahayanya.aku hanya mampu mengelak sebelum gergasi bergelar manusia memijak badanku yang kecil ini tanpa belas kasihan tatkala aku berehat seketika di atas tanah yg juga ciptaan Allah. adakah dengan perbuatan engkau itu bermakna aku tidak mempunyai perasaan?badanku yg kecil dan lemah ini dipijak hanya kerana fizikalku yg kecil.lebih pedih lagi apabila bukan sahaja badan aku dipijak,malah perasaanku dipermainkan kerana aku tidak mampu menjerit ketika manusia gergasi memerangkap aku ke dalam tempat yg berdinding angin,tampak bebas tetapi tidak dapat kutembusi. sudah puas aku cuba meloloskan diriku keluar tapi gergasi itu lebih gemar memerangkap dan memerhatikanku.aku lemas!tolonglah lepaskan aku daripada penjara angin ini.aku tidak suka diperangkap tetapi fizikalku menarik perhatianmu.tidakkah engkau tahu semua ciptaan tuhan tidak suka dikurung,diperhatikan dan berasa terperangkap?sekiranya engkau tahu betapa lemasnya setiap perbuatanku diperhatikan dan perasaanku apabila setiap gergasi ingin mendekatiku walaupun hanya untuk bermain sebelum dilepaskan....tolonglah gergasi.kupu-kupu ini ingin bebas terbang tinggi,dihargai,dan berasa selamat dikelilingi semua yang disayanginya....ingatlah gergasi bahawa kupu-kupu ini masih ciptaan Allah dan perasaan ingin bebas itu dimiliki oleh semua ciptaanNya