Sunday, December 25, 2011

Maafkan Aku

ke hadapan sahabat-sahabatku. di sini ingin ku panjatkan kemaafanku kepada kamu semua. aku ingin meminta maaf kerana secara senyap-senyap, aku menghilangkan tempat ini buat sementara waktu. walaupun aku tau, pada hakikatnya tidak semua ahli karipapanas yang menyedari akan ketiadaan ruangan ini. tapi tidak mengapalah, hal ini demikian bukan kerana aku sengaja tetapi keadaan telah membuatku bertindak sebegini.

aku ada terdengar desas-desus mengatakan bahawa orang yang tidak sepatutnya tahu telah tahu mengenai kewujudan karipapanas ini. aku tidak kisah jikalau orang itu tidak kukenali. tetapi apa yang aku kisah ialah disebabkan orang yang tahu mengenai karipapanas ini ialah orang yang kami semua kenali. pasti ada yang berfikiran bahawa, 'kalau tak nak orang tahu habis tu kenapa buat blog?'. tapi aku yakin bahawa jika kita tahu siapakah orangnya, pasti kita akan berasa kekok untuk berhadapan dengannya.

aku tidak kisah jika ada orang yang rapat dengan kami mengetahui tentang kewujudan karipapanas tetapi, kalau boleh, sila rahsiakan identiti orang-orang itu. aku sekeras-kerasnya tidak mahu tahu tentangnya.


Friday, September 9, 2011

Memories, Milestone and New Horizon

Dearest Karipapanas,

We met at one local university, in pursuit of our dreams. We first met as a stranger that soon to be good friends. We passed by each other, but barely spoke any words to one another. We smiled, but only a smile. We chattered, but only chattering. We, 9 of us, has different unique personalities that are meant to be bound together without we knowing it. Fate and destiny brought us together. Day by day, as leaves turns to yellow, as times goes by, we get to know one another more deeply, beneath the surface. On the journey towards friendship, we stumble, we fall, we fought, we cried, we laugh, we found joy in one another. There are times when we fought over trivial things. There are times when we felt awkward to one another. There are times when we couldn't accept one another personalities, there are times when we question about it. There are times when we being judgemental, there are times when we hurt one another. At those times, we are the hardest company to keep up with.

Bit by bit it started, all by our own doing, blind indulgence and conscious ignorance. We found ourselves with pain running so deep, a path so steep before us, but, during those times, we shall remember, when we fought, we reconcile, we laugh over simple yet funny matters. When we felt awkward, we miss one another presence. We try to be patience and tolerate with one another. We console one another with soothing words, we keep one another closed to us. I can't pretend to know how you feel, neither do you, but know that we here, all of us not gonna let you fall. Our shoulders are small to cry on, but it can be shared. This is us, 9 uniquely blend in karipapanas.

Three years has passed since our first meeting, we still be together. We are together now, and Insya-Allah, in the future too. We may have shortcomings, but let us overcome it, bit by bit, together. Let us embrace one another weaknesses and heedlessness and turn in into something positive. Harsh words, akwardness, fighting, cold stare is inevitable in relationship. Let it not be a roadblock in our journey to imminence. Even when the sweetness became bitter, and the initial charm became stale and repugnant, let us remember our memories together. By now, we should've learn to accept each other's faults, choosing to celebrate each other's differences as it is the key to create, healthy, growing, everlasting relationship. We still have long way to go and we may repeat the same mistakes all over again, but let us be together in facing it. Let us create new memories and store it in our memory box so it will not slip away. We first start as a stranger, we are now good friends. We good for now, and there's a hope in me that we will always be this good.Insya-Allah.

Sincerely,

Me.

Wednesday, September 7, 2011

Kisah Benar

Salam my Dear Karipapanas.

Tarikh: 8 September 2011
Hari: Thursday
Waktu: 12.56 am

Coretan 10

Aku tidak tahu bagaimana mahu menulis kisah ini mahupun memulakannya. Kisah ini agak sukar untuk aku ceritakan dalam bentuk penulisan but my lil sister said, 'just write and everything will come to you'. Kisah yang ingin aku kongsikan bersama kalian ini adalah kisah benar yang begitu menyayat hati sesiapa yang mendengarnya. Barangkali ada di antara kalian yang sudah mendengarnya tetapi aku masih mahu berkongsi. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Dato' Tuan Guru Ibrahim, seorang ulama terkenal pada kuliah agama ramadhan yang lepas. Kisahnya seperti ini.....

'Sepasang suami isteri yang berusia awal 30-an duduk berjiran dengan seorang anak muda laki-laki yang berusia dalam lingkungan 20-an. Pasangan suami isteri ini merasa hairan perihal jiran mereka kerana tatkala azan maghrib berkumandang setiap hari, pastinya mereka terdengar tangisan jiran mereka yang merintih kuat. Hari demi hari, perasaan tidak tenteram mereka semakin menebal. Perasaan mereka bercampur baur di antara takut, ingin tahu, serabut dan bermacam lagi.

Mereka kemudian memutuskan untuk berjumpa Ustaz Dato' Tuan untuk menceritakan masalah yang dihadapi mereka. Ustaz Dato' Tuan menasihatkan mereka agar membawa beliau berjumpa sendiri dengan anak muda itu. Saat Ustaz bersemuka dengan anak muda itu, maka mulalah anak muda itu menceritakan akan masalahnya kepada Ustaz. Sambil menangis, anak muda itu berkata bahawa dia telah banyak melakukan dosa terhadap ibunya semasa hayatnya. Anak muda itu mengaku kepada Ustaz bahwa dia adalah seorang yang jahil perihal agama. Dia adalah Islam pada nama, bukan pada hati. Arak, daging babi, habis ditelannya. Apa sahaja yang haram adalah halal baginya. Anak muda itu memberitahu Ustaz, pada ramadhan terakhir ibunya, ibunya telah tinggal bersamanya. Oleh kerana dia tidak berpuasa, maka dia tidak mempedulikan perihal juadah berbuka. Ibunya pula sering menyuruhnya membeli juadah berbuka puasa. Kerana geram akan suruhan ibunya, anak muda itu mengaku bahwa dia selalu membelikan daging khinzir untuk dimasak ibunya sebagai juadah berbuka. Dia juga pernah membelikan daging ular dan mengatakan kepada ibunya bahwa itu adalah ekor lembu dan menyuruh ibunya memasak sup ekor.

Apabila ibunya meninggal dunia, dia berasa berdosa yang amat sangat lalu bertaubat meminta keampunan kepada Allah S.W.T. Tetapi dia tidak pernah merasa tenteram dan sering kali menangis pabila tiba waktu maghrib kerana teringat akan perlakuannya yang sering kali membelikan makanan haram untuk juadah berbuka ibunya yang membuatkan ibunya berdosa setiap kali menjamah makanan itu. Usai mendengar kisah anak muda itu, Ustaz Dato' Tuan menasihatkannya agar mencari kawan si ibu yang masih hidup dan buatlah amal kebajikan kepada kawan si ibu itu kerna setiap kali kawan itu menceritakan perihal kebaikan anak muda itu kepada sesiapa sahaja, pahala itu akan pergi kepada si ibu.'

Di dalam surah An-Nisa' sering kali diulang ayat yang menegah kita dari menderhaka kepada kedua ibu bapa kita. Sheikh 'Adl, imam terawikh dari Mesir di masjid ku berkata, 'jika kita mahukan kebahagiaan di dunia, kembalilah kepada Al-Quran. Jika kita mahukan kebahagiaan di akhirat, kembalilah kepada Al-Quran. Dan jika kita mahukan kedua-duanya, Al-Quran jugalah tempat kita kembali.' Untuk mendapatkan kenteraman dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, kita harus beramal dengan Al-Quran. Al-Quran secara terang menegah kita dari menderhaka kepada kedua ibu bapa kita, meninggikan suara kepada mereka, bercakap kasar, menggunakan perkataan cis, ah, menipu, etc dan besar dosa seseorang itu apabila dia menderhaka kepada orang tuanya. Berbuat baiklah kepada mereka selagi mereka masih hidup, jangan disesali apabila mereka sudah pergi. Peringatan ini kutujukan kepada diriku sendiri yang acap kali melukakan hati orang tuaku secara langsung mahupun tidak langsung.

* 'Ya Allah, Engkau kasihanilah kedua orang tuaku seperti mana mereka kasihani aku sewaktu membesarkan aku. Tempatkanlah mereka di syurga-Mu bersama orang-orang soleh.'

Amin.

Saturday, September 3, 2011

Perginya Sebuah Perjuangan, Hadirnya Satu Kemenangan

Salam Eid-Mubarak

Tarikh : 4 September 2011
Hari : Sunday
Waktu : 1.38 am

Coretan 8

Rasanya, masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan karipap ku di luar sana. Afterall, Malaysia beraya kan sebulan.

Ramadhan telah berlalu meniggalkan kita beberapa hari yang lepas. Perginya ramadhan menandakan berakhirnya bulan yang penuh barakah, bulan yang dirahmati Allah S.W.T. Mari kita cuba renungkan kembali tentang amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan ini. Adakah kita cuba mengawal nafsu kita? Adakah kita cuba mengawal perasaan amarah kita? Adakah kita melakukan ibadat yang secukupnya? Adakah kita menghalang diri kita dari melakukan maksiat mata, telinga, lidah, etc? Atau adakah kita tergolong dalam orang-orang yang rugi kerna tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan secara percuma ini? Menurut Imam al-Ghazali r.a., puasa terbahagi kepada 3 peringkat,i.e.,

a) orang yang berpuasa awam iaitu hanya menahan lapar dan dahaga
b) orang yang berpuasa tetapi tangan, kaki dan mulutnya, etc masih melakukan maksiat/dosa
c) orang yang berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, berpuasa dari maksiat mata, telinga, menutup aurat, etc.

Tidak perlulah kita berbicara perihal nafsu, maksiat, etc kerna panjang diskusinya. Aku pasti rakan-rakanku mempunyai ilmu mengenainya. Bulan ramadhan mempunyai satu malam yang di mana amal ibadatnya menyerupai amal selama seribu bulan. Apakah yang kita lakukan untuk mendapatkan kenikmatan malam istimewa ini? Menurut Datin Aminah, antara orang yang menghidupkan malam Lailatulqadar adalah orang yang sembahyang isya' berjemaah dan berazam untuk sembahyang subuh berjemaah. Harapnya, semua dari kita dapat merasai malam tersebut.

Bulan ramadhan merupakan bulan dimana kita berjuang melawan segala godaan yang mendatang. Bulan syawal pula merupakan bulan kemenangan selepas sebulan berjuang. Di masa kita bersuka ria menyambut kemenangan, jangan pula kita lupakan amalan kita selama sebulan itu. Jangan pula kita lupakan pada mereka yang serba kekurangan. Sambutan itu biarlah berpada-pada mengikut syariat Islam. Jika kita menimbang-tara amal ibadat kita, dan jika kita rasa kita berjaya mengawal godaan syaitan, makanya kita sudah menang di dalam perjuangan kita dan cubalah kita renungkan di mana kedudukan puasa kita mengikut peringkat Imam al-Ghazali. Jangan pula kemenangan itu dicemari sesuatu yang tidak elok. Marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah.

Edit 6: Harus diingat yang syaitan diikat itu hanyalah syaitan-syaitan gangster. Anak-anak syaitan tidak diikat.

Finish.



Saturday, August 27, 2011

Lagu Raya

Hai hai again!!!

Tarikh: 27 august 2011
Hari : Saturday
Waktu : 3.33 pm

Coretan 7

Sebentar tadi, dalam perjalanan ke kedai borong makanan Arab, bapakku telah memasang radio dan kebetulan stesen radio itu sedang memutarkan lagu raya nyanyian DJ Dave. Secara jujurnya, aku menyukai lagu raya lama berbanding yang baru kerna lagu raya zaman kini tidak lagi catchy dan up beat seperti lagu zaman ibu bapa kita. Lagu raya lama sangat meriah dan gumbira dan jikalau sedih, sedih yang amat. Lagu zaman sekarang, ntah. Aku jarang mendengarnya. Apa-apa pun, lagu raya lama very nostalgic!!!

Edit 5: Terbayang-bayang di kotak ingatanku saat aku, kayu manis, kentang dan juga Ms. A berkaraoke lagu raya!!!! :)

Friday, August 26, 2011

Masalah

Salam.

Tarikh: 27 August 2011
Hari: Saturday
Waktu: 12.07 pm

Coretan 7

Masalah, masalah dan masalah. Satu perkataan yang agak digeruni ramai apabila mendengarnya.
' Weh, aku ada masalah duit la. Pinjam duit ko sikit boleh tak?'
' Duit? Aku pun takda duit.' *sebenarnya ada*.

Itu hanyalah satu contoh yang boleh saya fikirkan ketika ini. Semua manusia di bumi ini tidak dapat lari daripada mempunyai masalah. Boleh jadi satu, dua, tiga, atau juga berpuluh masalah yang mereka ada. Semakin dewasa tubuh badan dan pemikiran seseorang itu, semakin banyak masalah yang dia miliki. Masalah juga terdiri daripada pelbagai jenis bentuk: i.e, masalah kewangan, keluarga, kekasih, kawan-kawan, emosi, pemakanan, kesihatan dan pelbagai lagi.

Saya percaya, kita pasti mempunyai kenalan yang ada masalah. Kita sendiri pasti mempunyai masalah. Tetapi, persoalannya di sini ialah, bagaimana kita menangani masalah kenalan kita itu? Adakah dengan cara mendengar luahan isi hati mereka, atau memberi nasihat kepada si empunya masalah atau juga dengan cara tidak melakukan apa-apa? Just let them be and I'll watch from afar.

Sebagai seorang psychologist, ibu saya berkata, seseorang itu tidak harus dan tidak boleh terus membuat konklusi di atas permasalahan orang lain. Sebagai contoh, ' ala, dia tu takda duit sebab dia suka membazir. Biaq pi dia ah. Sendiri buat sendiri tanggung daa..' atau ' dia memang suka larikan diri bila ada masalah.biar je la dia. aku pun penat jugak.' Inilah adalah satu sikap yang sangat tidak bagus untuk dipraktikkan. Sebelum membuat sebarang andaian mahupun spekulasi, kita harus menyelami masalah si dia, personaliti serta karakter si dia. Kenapa orang lain boleh lakukannya bila kita ada masalah, kenapa kita tidak boleh lakukannya bila orang lain ada masalah? Jikalau kita yang berada dalam situasi sedemikian, apakah kita suka jika mendengar kata-kata seperti di atas? Pastinya tidak. Apa gunanya gelaran sebagai seorang rakan, teman rapat, kekasih, atau ahli keluarga jika itulah sikapnya bila berhadapan dengan kenalan yang mempunyai masalah.

Sering juga terjadi situasi di mana orang yang bermasalah itu sering melarikan diri apabila mempunyai masalah. Benar, melarikan diri itu tidak menyelesaikan masalah. Semakin jauh kita lari, semakin besar bulatan masalah itu. Kemana sahaja kita berlari, masalah itu akan senantiasa mengekori kita. Ia akan menjadi bayang- bayang hitam kita. Mungkin bagi sesiapa sahaja yang mempunyai masalah, mungkin mereka fikir melarikan diri merupakan satu-satunya solusi yang mereka ada kerna mungkin mereka malu, atau tidak tahu bagaimana untuk meminta pertolongan, etc..Setiap orang mempunyai cara mereka sendiri menangani masalah. Ada orang melarikan diri, ada juga yang membunuh diri, ada yang menulis diari dan bermacam lagi. Tetapi, adakah kita pernah cuba walaupun sekali untuk mendalami masalah mereka? Adakah kita pernah cuba memahami situasi dan masalah mereka? Atau adakah mungkin kita rasa kita faham tetapi sebernanya, kita tidak faham? Try to put yourself in their shoes, and feel what they feel.

Lain orang, lain perangai. Lain orang, lain caranya. Bukan semua orang tahu dan reti untuk mengadu-domba masalah mereka kepada orang lain. Bukan semua orang suka melarikan diri. Bukan semua orang mahu rasa sakit sendirian. Bukan semua orang kuat. Bukan semua orang macam kita, yang mempunyai seseorang untuk mengadu, susah senang bersama. Tidak. Masih ada lagi yang bersendirian di luar sana, berkelana seorang diri menjalani ranjau kehidupan. Ibu saya selalu berkata, cuba ambil sejenak dari masa awak, dan cuba selami diri mereka yang bermasalah. Cuba letakkan diri awak di tempat mereka, di situasi mereka, cuba fahamkan masalah mereka, only then you are allowed to make any assumptions you want. Jangan kata awak penat dengan masalah orang lain sebab orang lain pun penat dengan masalah awak. Jangan biarkan mereka bersendirian sebab itu memburukkan lagi keadaan. Jangan hanya tengok dari tepi dan tidak melakukan apa-apa sebab itu tidak mendatangkan sebarang penyelesaian. Jangan hanya fikirkan perasaan diri sendiri, fikirkan juga perasaan orang yang menanggung masalah itu sebab mereka lagi sakit. Dan juga jangan sekali-kali expect orang yang mempunyai masalah itu tahu apa yang kita fikirkan tentang mereka kalau kita sendiri tidak pernah memberitahu. They are certainly not a mind reader. And don't ever mengumpat, mengutuk, bergossip, cakap itu dan ini perihal masalah dan situasi orang lain kalau kita sendiri tidak pernah mengalaminya dan tidak pernah memahaminya. Ini adalah nasihat ibuku sedari kami kecil lagi. I applied it, and I admit that sometimes I do the opposite of these. But then again, I applied it. This is me. Bagaimana dengan kalian di luar sana? Adakah kalian pernah mengharungi sangat getir, pahit dan manis memahami masalah dan situasi orang lain? Bagaimana kalian menyelesaikannya? Fikirkan-fikirkan dan renungkan.

* Revenge. Sweet like a candy. For those who wish to be hated.


Wednesday, August 24, 2011

Solace in You

Salam.

Tarikh : 25 August 2011
Hari : Thursday
Waktu : 9.53 am


Coretan 6

Recently, I found tranquility and peace of mind in you, words of Allah The Almighty.


Previous excuses I used to give to myself when I was TOO LAZY to read the Quran:



  • I always have 'hidung tersumbat' cases

  • Lubang hidung sempit, so I can't produce the best dengung, sometimes. can't even produce it

  • I'll read it tomorrow, tomorrow, and tomorrow....

  • I'll just read one page. At least I read

  • I didn't have much time.


However, after being lumbered and saddled with soooo many issues surrounding me and the people around me,slowly but surely I felt like im going to crack. Crack from the Big D, the utter exhaustion, having to satisfied both parties, all of this while still having to put a smile on my face and reassure everyone, mostly myself that everything gonna be Ok.

Don't get me wrong. I never force myself to smile all day, everyday. I like to smile since it is considered as sedekah. People who really really know me know that I usually keep all these pent up emotions and sweep them under the carpet until one day it goes BOOM and you will see me crash and succumb to Big D.

Since my last Big D came visit me last semester, everythings' change. My relationship with people around me, the perception of people about me, my rational thinking and much more. Im tired of crying for no reasons, im tired of being sombre, im tired of getting hurt and hurting others. Im tired of not being able to reach out to people that I care, im tired of people that didn't understand my situation. But did I blame them? Never. I never put any blame on others as I know it is all my fault. Im the one at fault and will always be the one. Big D last visit, I keep on hurting others, and most of all I keep on hurting me with no shoulder to lean on. Why I can't stop Big D from controlling me? Maybe because I didn't understand how he operates. I didn't have the exact answer right now. Will find it some day, for sure.

But, somehow, as time goes by, and as I spent much more time with myself, I found solace in Al-Quran. I know al-Quran is the cure to every illness, words that soothe our soul but I never bring myself forth to open the Holy Book. One fine night, as my roomates asleep, I woke up in the middle of the night, say my prayer to Him, and read the Quran. There, I found my solace that I've been longing for, the kind of comfort that I hadn't felt for a long time, the comfort and reassurance that I never received from people around me. I cried, again, for a good cause. I will always read the Quran from time to time, to find my solace.


My friends, Allah did not test us to make our lives hard. He gave us trials and tribulations because He want to test our iman and He want us to remember Him. Syaitan is part our test. Syaitan works in mysterious ways and so to combat him, we must do what Allah says, that is to seek refuge with Allah by remembering Him by doing dhikr and one of the best ways of doing dhikr is by reading the Quran. Come my friends, let us all read the Quran as it will be our light in the grave, our hujah in the hereafter and as our shield against the desires of syaitan. Insya-Allah, everything will be alright.



' And if an evil whisper comes to you from syaitan, then seek refuge with Allah. Verily, He is All Hearer, the All Knower.....' (7:200).


Edit 4: this is a reminder to me, a humble servant, who's always fail His test.




* Big D, you used to be friend that I care so much. But because of you, I hurt others and I hurt me the most. Now we are no longer friends. I declare you as my enemy. Please stay away from me. I wanna be happy again. You're my test.




Thank You.

Monday, August 22, 2011

Pavlova

Salam.

Tarikh : 22 August 2011
Hari : Monday
Waktu : 3.36 pm

Coretan 6

Oh dear Pavlova, anda sungguh senang dan menyenangkan, tetapi pada waktu yang sama anda agak sukar untuk diramal. Terima kasih kerana mengajar saya erti bersusah-payah, kerjasama dan juga kesabaran.


Edit 3 : Sorry i beat the purpose of this blog by not writing in Malay.

End.

Sunday, August 21, 2011

The Karipapanassss!!

Greetings.

Tarikh : 22 August 2011
Hari : Monday
Waktu : 10.20 am

Coretan 5

9 awesome contributors of karipapanas.

Rani

The queen. skinny jeans, shoes, bags, red, chicken breast, singing, Big Bang, 2nE1, Harry Potter.

Memelt

Cutie-pie. innocence when it comes to dirty jokes. motivation quotes. cute cheek, petite.

Kentang

The teacher. bright green, use 3 fingers to eat, dancing, singing, karaoke, sarawakian, sexy.

Alice

The patient. one dress one day, kyuhyun, kelantanese, fallen, can act as an ill retarded person.

Pelangi

The talker. talk, jokes, purple, no to chicken, sweet smile, leader of our boria, scrupulous, andy.

Cengkih

The taiko. g-dragon, unintention thoughts, no to fruit alteration, big eyes, small and petite with guts.

Kayu Manis

The humbler. bon apetite ok je, creative, korean, soft hands, soft spoken, begedil, black and white.

Kupu- kupu

The thinker. books, neat, butterfly, doze off, beautiful handwriting, very small, sensitive.

Awan

The ghost. hide-and-seek, vege, laughs, sway, dark, yes to food.


The nine of us has gone through lots of ups and downs, happy and sad, together and alone. And yet, we still have a lot of obstacles to face to test our friendship. May we always be the infamous karipapanas now and then.

Edit 2: Missing the sweet times with you, you, and you in la la land.

The end.




Friday, August 19, 2011

Patience is virtue

Happy Saturday y'all!!!

Tarikh : 20 August 2011
Hari : Saturday
Waktu : 5.44 am


Coretan 4

It is the loudest screamed i've ever heard. for heaven's sake, please stop screaming. it's embarassing. did you know that??

Edit 1 : Nothing is impossible. The word itself says IM POSSIBLE ~ Audrey Hepburn~
If you try to hold back your anger, there is patience. It's possible.

Thursday, August 18, 2011

Greetings.

Tarikh : 19 August 2011
Hari : Jumaat
Waktu : 2.00 am

Coretan 3

I...... can no longer bear this pain.


Thank You.

Tuesday, August 16, 2011

Antara Aku dan Kata-kata

Greetings my dearest karipapanas.

Tarikh : 16 August 2011
Hari : Tuesday
Waktu : 4.57 pm

Coretan 2

Aku dan kata-kata tidak pernah berada di halaman yang sama,
Aku bukanlah seorang yang bijak untuk berkata-kata,
Aku juga tidak cukup pintar untuk mengungkai kata-kata,
Aku bukanlah Promoedya Ananta Toer mahupun Orhan Pamuk yang bijak menyusun kata menjadi sebuah cerita,
Aku juga bukan A. Samad Said yang petah berkata-kata dalam bentuk syair dan sajak,
Aku juga bukan seperti Audrey Hepburn yang kata-katanya menjadi ikutan ramai,
Tidak juga aku seperti Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad atau Barrack Obama yang kata-kata mereka mampu mengubah ideologi seseorang.

Aku juga tidak betah memegang pena untuk berkarya dan melukis seperti Zunar,
Aku juga tidak mampu untuk berkata-kata manis bak William Shakespear,
Tidak juga aku mampu menjaga hati insan lain dengan kata-kata ku,
Kerna aku adalah aku.
Aku hanyalah seorang manusia kerdil yang suka berkata-kata,
Yang lebih gemar berkata-kata secara telus dan terang,
Yang tidak suka berbunga-bunga pabila berkata,
Kerna aku adalah aku.

Aku dan kata-kataku banyak menggores hati mereka,
Kerna aku tidak bisa memahami mereka,
Kerna aku tidak bijak menyusun bicaraku,
Kerna aku tidak berfikir sebelum berkata-kata,
Kerna aku fikir berterus-terang itu lebih baik dari menipu,
Kerna aku sangka mereka boleh menerimanya.

Itu adalah aku yang dulu,
Yang telah kutinggalkan sejak 2008 secara beransur-ansur,
Aku kini lebih gemar berdiam diri dan bergelak ketawa,
Yang akan cuba untuk berfikir dulu sebelum berbicara,
Yang lebih gemar menyakat dan berbicara kosong agar hati mereka tidak tergores,
Yang lebih banyakkan gelak berbanding kata-kata,
Tapi kenapa hati mereka masih tergores?
Mungkin aku patut terus-terusan berdiam diri.
Mungkin.

Diam aku juga disalah tafsir oleh mereka.
Aku keliru.
Keliru untuk terus berkata-kata ataupun berdiam diri.
Maafkan aku kerna membuat kalian tergores.



I've read it line by line,
Word by word.
I understand.
I've seen their faces,
And I think I know what and how they feel,
And I think I know what they think and say,
I get it and understand it very well.
I might be wrong.
I hope.

*Buat pertama kalinya aku sembahyang di atas kerusi, it felt weird because im still young.

Yours Truly,
Aku.


Sunday, August 14, 2011

Halfway Through It

Salam Ramadhan Kareem karipapanas semua!!


Tarikh : 15 August 2011
Hari : Monday
Waktu : 11.52 am

Coretan 1

Sedar tak sedar kita sudah berada di dalam fasa kedua ramadhan iaitu satu fasa di mana Allah mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan selama ini, bagi hambanya yang memohon ampun kepada-Nya. Aku tidak sangka bahwa kita sudah 15 hari berpuasa kerana aku lost track in time and day. When i know we've been fasting for 15 days dah, i felt the sudden urge of sadness and anger in me. Sedih.kenapa patut sedih? Bukankah ramai umat Islam kini bergembira kerana raya akan tiba tak lama lagi. Itu mereka, bukan aku. I've made a promise to myself that this year ramadhan, i wanna change for the better. I wanna bring myself closer to Him. Selama aku hidup, aku selalu tolak Dia jauh-jauh dan hanya mencari-Nya di kala susah. Typical muslim me. Akhirnya aku sendiri yang sengsara. Bila aku keseorangan, kesedihan dan hilang punca and i've got no one to talk with as im not the kind of person who likes to share things, aku tak tahu macam mana nak minta pertolongan-Nya mahupun mengadu pada-Nya. Im ashamed of myself. So, ramadhan kali ini, aku nak buat yang terbaik. Tapi 15 days has gone without me realizing it. Aku rasa apa yang aku buat setakat ini masih tak cukup. Hampir setiap malam aku berqiammullail, menangis di dalam doaku, aku menghabiskan separuh dari hariku berada di rumah-Nya, bertadarus dan mengaji, aku bertasbih bertahmid kepada-Nya, tapi aku masih lagi rasa kekurangan. I even afraid to meet my friends when asked to go back to Uni few days back sebab aku takut aku tak kuat nak menghadapi dugaan dan godaan. Sorry my friends, its not you guys that im afraid of, but its me, my little inner heart and thoughts (nafs) that i can't control. My heart doesn't follow my mind. Itu yang aku takut dan marah. Aku marah dengan diri sendiri kerana aku alpa selama ini. Kenapa aku lalai dengan hiburan. Kenapa aku tak grab the opportunity bila ianya terbentang luas di hadapan ku? Tapi, aku masih bernasib baik kerana Allah masih sayang padaku, aku masih sempat memohon ampun pada-Nya. Tapi, bagaimana pula dengan sahabat-sahabat kita di luar sana, yang masih lalai? Aku senantiasa mendoakan yang terbaik untuk diri kalian semua. Kami sekeluarga agak rapat dengan ramai ustaz and ustazah. Aku banyak menghadiri kuliah-kuliah agama tapi baru saat ini aku rasa bahagia bila berdamping dengan mereka. Dulu aku rasa it such a burden bila kena bangun pagi pi kuliah agama, now i dont wanna miss it. Dulu aku tidak pernah menitiskan air mata bila ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan, tapi kini aku selalu menitiskan air mataku. Ramadhan kali ini juga, Allah telah memberi peluang kepada aku untuk mendengar ceramah dan melihat sendiri dengan mataku, suara dan wajah 'alim ulama' yang terkenal dari Syria, Prof. Dr. Syeikh Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfur. Ramadhan kali ini juga, aku berjaya menghalang diriku dari indulge in any form of entertainment and aku sangat sangat sangat berharap ianya akan berkekalan sampai aku berubah menjadi yang lagi baik. Maaf jika coretan ini panjang dan tidak menarik. Ini hanyalah luahan hati kecilku yang ikhlas untuk berkongsi apa yang aku lalui setakat ini. Im still weak, in fact very, and im afraid that me will succumb to nafs. I always pray the best for all of you in my prayer and may this ramadhan be the best ever you guys ever had.



Oh heart, please be with me in this journey to Him.

Till we meet again my dearest Friends.
xxxx

Thursday, August 11, 2011

Maafkan dulu dan cuba lupakan yg lalu~

Salam semua, geng karipapanas ! Sudah lama ye tidak bersandiwara di sini. Aku rindu kamu semua, tapi sejak dua menjak ni kita semua semakin jauh tapi aku tak tau kenapa aku takde perasaan sangat pasal hal ni. Sebabnya aku dah penat kot dengan orang yang kuat berdrama swasta ni. Bukan kau seorang sahaja yang boleh berdrama swasta. Semua orang kat dunia pun hidup berdrama kan ?

Apa bestnye, hidup tanpa drama ? Confirm, bosan nak mampus kan. Tapi kalau jadi benda yang sama je, aku pun naik bosan jugak. Nak buat camne kan kita kene terima orang seadanye tapi kadang-kadang kita juga kene faham perasaan orang lain. Tak semua orang ade sikap toleransi dan kesabaran dalam diri mereka. Kene fikir jugak tu ye.

Bercakap pasal toleransi dan kesabaran ni, disini aku ingin megucapkan Selamat Berpuasa wahai geng karipapanas ku ! Moga Ramadhan ini membawa lebih banyak berkat dan moga Ianya lebih baik daripada sebelumnya. Insyaallah. Amin ~ Sambung balik topic ye, sorryla penulisan aku macam haram sikit. Aku memang tak reti nak berkarya. Maafla, ye maklumlah orang yg tak berapa nak seni ni.

Okaylaa aku nak cakap kat sini aku rasa macam nk mengundur diri la sebenarnye sebab aku tak nak rasa sakit dah dengan hal remeh-temeh semua ni. Aku nak jadi orang yang mendengar dari luar je. Boleh kan ? Sebab aku rasa dah malas nak layan semua bende ni. Aku yang sakit hati nanti. Tak baik camtu kan, so aku choose untuk back out. Just know that,kau sentiasa akan jadi orang penting dalam hidup aku cuma buat masa ini aku masih tak boleh nak terima apa yang kau dh buat.

Orang yang dulu selalu dengan aku pun dah jadi kekok. Aku tak tau kenapa denga die. Ape kes die sebenarnye ? Takpelah, aku biarkan jelaa. I'm just gonna let it slide. For the time being ni aku tak nak masuk campur sangat la coz nanti takut jadi marah pulak. Tak baik pun nak marah-marah ni. Tambahan lagi tengah bulan puasa ni.

They say if you're still angry with someone, that means you still care. Yes I still care about you if not I won't get too worked up like this. Just so you know and think that people don't care at all, you're quite wrong because people still care :) They just choose no to show it and pretend that they don't know anything because they know it will result in the same thing. I'm just saying.

Tak naklaa membebel panjang-panjang ni. Rasa cam menjengkelkan pulak. Aku kena belajar lupakan semua benda yang lama-lama ni. Ambil yang jernih, buang yang keruh kan. I gotta admit this, it is quite hard though. Just pray that one day I'll come to my senses ;) Hopefully there's still some hope in us.. insyaallah. Till then aku sayang korang semua tau, geng karipapanas ! Each and everyone of you, guys.. seriously ! I love you guys equally and I hope you guys know that. Hope to see all of you guys together in the upcoming semester and create wonders like never before ! :P Till,then ! :)

Saturday, July 2, 2011

Garfield's Book of Insult



Coretan 0


Ungkapan-ungkapan atau lebih tepat lagi sindiran dan hinaan yang bakal ku titipkan nanti datangnya dari buku kesukaanku, Garfield's Book of Insult :)... yeah, you read it right, book of insult. Marilah rakan-rakan karipapku, kita pelajari beberapa sindiran dan hinaan yang diajar oleh Garfield.Mungkin kita boleh selitkannya ke dalam kehidupan seharian kita agar hari kita sentiasa ceria-ceria selalu seperti Feel Good channel nt7 :p. Ayo, kita mulakan sesi pembelajaran kita!!!!! Let the bashing and tounge-lashing begin!!

WARNING!!!!! Kepada sesiapa yang ada sakit lemah jantung, gelak berpanjangan dan yang seangkatan dengannya dinasihatkan agar tidak mengikuti kelas ini.

Head.

Is that your head or a hotel for lice?
Hey, Cone Head!! Mind if I play ring toss?
Heard you had your head examined, but they couldn't find anything.

Hair.

I've seen better looking hair in the shower drain.
I've seen nicer hair coming out of my grandma's nose.
Your hairdo really suits your face, they're both UGLY!!!!
Why don't you do something different with your hair? Like wash it.
People who think there's an oil shortage have never seen your hair.
Who does your hair? I want to know who to avoid it.
You'd look better with long hair. Especially if you combed it down over your face.

Face.

Know what goes best with a face like yours? A paper bag.
You've got a face only a mother gorilla could love.
You're not ugly. You're just facially challenged.
You have a face only a plastic surgeon could love!
Hey, Pizza Face!! Is that a pimple or a volcano?
I thought craters that big were only found on the moon!
Your face is like a work of modern art. You can't tell what it is.
You're two-faced. And they're both uglyyy!
I'm not going to say mean things about your looks. Your face speaks for itself.

Nose.

Don't look up! Your big nose might poke a hole in the ozone layer!
If it starts raining, can i stand under your nose to keep dry?
Don't inhale. A schnozz like yours could suck all the oxygen out of the room!
The only thing grosser than your noseis what's inside it.

Ears.

You've got ears like a famous movie star.... Mickey Mouse!!
Hey, Dumbo! Why don't you flap your ears and fly away?
Are those your ears, or did two flying saucers just crash into the sides of your head?
I'm not saying your ears are big, but you could wear earrings made by Michelin!
You've got enough wax in your ears to start your own candle company!

Mouth.

Your mouth's so big, it takes you an hour to put on your lipstick.
Hey, Motor Mouth! Kill your engine!
Your muth oughta come with a mute button!
Hey, Gym Locker Breath! Ever hera of gargling?
Is that your breath, or did you swallow Jon's sweat-socks?
Stop air pollution. Keep your mouth shut!!

Teeth.

Nice teeth... for a beaver.
I've seen nicer teeth in my comb.
Are those braces, or are your teeth under arrest?

Stomach.

Excuse me, sir. When's the baby due?
You're not a fat broad. You're a woman size.
What are you gonna be when you grow up? A physical fat instructor?
The only thing bigger than your stomach is your appetite.
What you lack in brain cells, you make up for in fat cells.
Is that your underwear on the clothesline or a parachute?
You're such a rumpasaurus, when you start to sit down, the chairs beg for mercy.

Legs.

Is it storming out, or is that just your thunder thights clapping together?
Some people look good in shorts. Then there's you.
You've got calves only a cow could love.
Nice legs.... for a flamingo

Feet.

Is there a dead skunk nearby, or did you just take off your shoes?
Want to fight air pollution? Then keep your shoes on.
Your feet are so stinky, you should be charged with sock abuse!
I herad you went barefoot in the park and the stink killed all the trees.

Lookin bad.

I don't know where you got your looks, but I hope you kept the receipt.
Appearances can be deceiving. Or in your case, disgusting.
It's okay to be ugly, but you're overdoing it.
Can I have your picture? I want to scare my sister.
You're so ugly, when you look in the mirror, your reflection throws up!
The last time I saw something like you, I flushed it!








SNAPPY COMEBACK





Jon : I have a date :)




Garfield : Oh, did she escape from the asylum?



Give my regards to your mom.





Jon : I really think you should diet this week.



Garfield : Sorry, I only diet between meals.



I can't diet for medical reasons. It makes me hungry.



I would, but our ignored desserts might develop low self-esteem.




Jon : You should exercise more.



Garfield : Okay, I'll exercise my right not to exercise.



I prefer lay-downs to sit-ups.



Sorry, but I don't believe in self-abuse.
I beleive in conserving energy.. especially my own

Jon : How did you get to be so lazy, Garfield?
Garfield : Years of hardwork.
Some call it laziness. I call it deep thought.
I'd tell you but I'm too lazy.

Jon : Where are your manners?
Garfield : I left them in my locker.
When I was ten, they ran away from home.
I gave them the day off.

Jon : Are you deaf?
Garfield : I wasn't until you start yelling.
Yes. My ears close whenever your mouth opens.
No, but I'm willing to learn.


Jon : It's time to get up!
Garfield : I just got up yesterday.
Tell morning to comeback later.
I'll rise, but I won't shine.



There's a lot more but malas la nak tulis lagi. Ni pun dah panjang sangat :) Hope it make your day.
Till then, peace out mate!!

Friday, June 17, 2011

pengintip

kau boleh hantar pengintip-pengintip kau itu. kau ingat aku takut?
kau boleh sebarkan cerita-cerita palsu itu. kau ingat aku kesah?

heiii, ini akulahh. Mak segala karipap tau.
aku tak gentar dengan tipu helah engkau itu.
oh, patutkah aku panggil itu tipu helah atau satu tindakan pengecut?

aku tau kau tidak berani untuk berdepan denganku

aku tau engkau khuatir sekiranya aku bongkar segala kebenaran tentang kau

ini akulah, Mak karipap!
kalau berani, meh cakap depan-depan!

Saturday, June 4, 2011

dah bosan

tunggu punyalah lama tapi tak dapat-dapat jugak jawapan. aku dh jadi bosan. bosan dengan penantian ni. engkau ingat aku suka tunggu lama-lama macam ni? seksa tau takk. apa yang kau buat sampai lama sangat nak bagi jawapan? cakap 'ya' atau 'tidak' je. itu pun susah sangat ke? bosan. aku dah bosan. patutkah aku...

ada saja yang tak kena

bila aku gelak, engkau pun gelak sama. tapi bila aku dengan orang lain engkau senyap saja. bila engkau happy aku pun turut sama happy. tapi bila aku senyap engkau pun senyap. oh, samalah kita sebab bila engkau senyap aku pun senyap jugak. aku malas nak tanya, malas nak tau. sebab jawapan dia sama saja. jadi baik aku senyap dan tunggu saja. tunggu sampai tiba masa untuk kau jelaskan.

Saturday, May 21, 2011

ketiadaan

masa kian berlalu.
apa yang telah ditinggalkan tidak dapat dikutip balik.

ketiadaan kita telah menimbulkan tanda tanya. mengapakah harus ada perpisahan tatkala keserasian menyatukan kita.

karipapanas menyepikan diri. semua sudah mempunyai misi yang tersendiri. namun, ketiadaan dan jarak itulah yang membuat karipapanas menjadi semakin erat.

kentang jauh nun di sana bersama keluarga,
alice juga tak pulang-pulang lagi,
rani pula jarang dapat dilihat bersama kerna sibuk dengan urusan di istana.
memelt dan cengkih bersama sentiasa,
pelangi muncul namun sangat jauh dari pandangan,
awan kejap ada kejap tak ada,
manakala kupu-kupu dan kayu manis berduaan bersama.

jauh.
namun dekat di hati ini.
karipapanas tak akan hilang
selagi ada ahli-ahlinya

Sunday, April 24, 2011

aku rindukan kamu

sejak pertama kali ku lihat wajahmu, ada sesuatu yang telah menarik perhatianku.
engkaulah orangnya. tidak perlu ku mencari lagi. hanya engkau yang mampu mengisi kekosongan ini.
adakah aku telah membuat pilihan yang tepat.. atau adakah aku memberi harapan pada sesuatu yang tidak kesampaian?
aku jadi bingung memikirkan semua ini.

bila engkau ada, aku jadi segan, malu untuk berhadapan denganmu
bila engkau tiada, aku tercari-cari, terfiki-fikir..
bilalah lagi akan dapatku lihat wajahmu itu

sekarang sudah berbulan-bulan semenjak kali terakhir aku bertemu dengannya
malangnya nasibku ini
bila terfikir-fikir tentangmu aku jadi bingung dan sakit hati
sakit yang mampu membuat aku jadi lemah longlai.

maafkan aku. mungkin... mungkin...
aku rindukan kamu
sekian.

Friday, March 18, 2011

takdir

takdir telah menentukan segalanya
sama ada kita akan bersama
atau berduka

takdir bisa buat hati ini merana
setiap hari tertanya-tanya
ke mana hati ini membawa

takdir telah menemukan aku
dengan kebenaran tentangmu
supaya aku tidak tertipu
dengan wajahmu itu

takdir menyatukan hati ini
supaya tak disakiti
oleh tipu daya duniawi



Wednesday, February 2, 2011

tabah lah kawan

aku pusing kiri, pusing kanan balik
tak terjumpa akan apa-apa
hati kosong, fikiran jauh pudar, jiwa terasa tak terisi
mungkinkah pada lingkungan kita-kita ini
perasaan seperti itu adalah sesuatu yang biasa dialami?

pandang depan, pandang belakang
tak terlihat akan sesuatu
jalan kosong walau ramai yang pergi dan balik
ruang kosong walaupun masa tak pernah terhenti
di mana kedudukan diri dalam dunia yang serba boleh ini?

kalau nak di ikutkan fikiran jauh dari normaliti
mungkin kita dah tersasar dari jalan yang sepatutnya
sebenarnya aku bersyukur punya sahabat seperti anda semua
YOU HOLD ME BACK...

wahai teman yang mungkin punya rasa seperti aku ini
usahlah sedihnya berpanjangan
kerana musim bunga sentiasa muncul
walaupun di Malaysia tiada 4 musim
dalam hidup ini musimnya sentiasa silih berganti
insyaAllah, im gonna hold you too ;)


Saturday, January 15, 2011

SAHABAT

I don't believe in bestfriend, but I do believe in good friends.
So long bestfriend, welcome good friends :)

Monday, January 10, 2011

sibuk goreng karipap

oleh kerana terlalu sibuk menggoreng karipap yang panas,
terlupa pula untuk bergosip.

macam-macam perkara sudah berlaku.
kami simpan duit,
kami gelak ketawa,
kami sedih bersama dan
kami...
rindu akan kisah lalu.

sambil sibuk goreng karipap,
teringat saat pertama pertemuan kita bersama.
teringat saat pergaduhan kita bersama.
teringat juga saat gembira kita bersama.
semua ini bisa buat aku tersenyum sendirian
tatkala aku sedang menggoreng karipap.

dulu kita happy-happy macam budak sekolah rendah
sekarang kita serius-serius macam dah ada 5orang anak.
tapi masih gila-gila macam kera dapat bunga.

selesai goreng,
separuh karipap kat pinggan kaca
separuh lagi kat pinggan seramik.

yang di pinggan kaca dihidang bersama air teh tarik yang manis
yang di pinggan seramik dihidang bersama air kopi yang pahit.
mana satu pilihan hati; yang pahit atau yang manis?