Walaupun seminggu tidak berjumpa,
Walaupun seminggu tidak berborak,
Walaupun seminggu tidak bercangkerama bersama,
dan Walaupun seminggu kami tidak berkongsi air mata,
Yang pasti....
Jauh di dalam hati kita tetap SATU
Iya, banyak yang telah kami pelajari,
banyak yang telah kami lalui,
banyak juga yang telah kami fahami sepanjang seminggu ini,
Namun yang pasti....
Apabila bersama, kami tetap menjadi SATU
Ketika kau bersedih, kami ada di sisi
Ketika kau gembira, kami turut gembira
Ketika kau diselubungi masalah, kami cuba memahami
Apabila beramai-ramai bergabung menjadi SATU,
segalanya menjadi senang sekali
Mendengar, Memahami, Membantu,
iulah teras prinsip hidup.
tiada yang tertinggal, tiada juga yang terkecil hati membawa diri
SATU teras, SATU prinsip
Hanya Engkau yang Maha Esa,
Hanya Engkau tempat berlindung,
Hanya Engkau jugalah yang mampu...
Menyatukan kami sehingga ke akhir hayat (dengan keiizinanMu)
Melindungi kami dan sahabat handai serta keluarga2 kami yang tercinta,
dan.... Hanya Engkau sahaja yang mampu
Mempermudah segala urusan kami di dunia dan akhirat
Ayuh, Sahutlah Tanganku!
Bersama kita menjadi SATU
Saturday, January 30, 2010
Sahutlah Tanganku
Thursday, January 28, 2010
Aku Penasaran.
Disaat ini kau tiada bersamaku,
Aku berada di tepimu,
Kenapa aku tak nampak wajahmu yang cantik itu?
Kerana saat itu perutku menggelodak,
Oh, dimana kau!?
Sudah puas aku mencari,
Rupanya kau dalam bayanganku.
Aduh,peritnya jiwa gersangku!
Rupanya kau selalu disisiku,
Merangkul pinggang rampingku,
Mengelus lembut urat rambutku,
Bagaimana aku tidak pernah menyedari kehadiranmu?
Apa telah jadi?
Adakah ini yang kau mahu dariku?
Adakah aku sudah gila?
Oh no!
Tapilah itulah kenyataannya..
Aku Gila..

Wednesday, January 27, 2010
Hikayat Huda, Nini, dan teman lelapnya, Hanim
Alkisah, maka bermulalah kisah hikayat yang disebutkan di atas. bermulanya dengan membahagikan kumpulan untuk membuat kerja-kerja kursus. Ada tiga orang yang masih segar dalam Taman Ilmu itu telahpun bergabung yakni Si Kurus, Si Kecil, dan Si Tembam. Hubungan mereka bertiga baik-baik sahaja. kedengaran pula arahan dari Pak Kiyai yang sangat gantang itu yang mengatakan perlu ada gabungan lima atau enam orang. Maka pencarian diteruskan.
Di suatu pagi yang indah lagi subur, dua sekawan yang jalan agak angkuh lalu di tepi barisan kerusi tiga sekawan yang segar itu. Adapun ketulusan dan keikhlasan hati Si Kurus, lalu menanyakan pada mereka jikalau mahu bergabung bersama. Maka, ianya dipersetujui dan bergabunglah mereka berlima. Namun gabungan yang dulunya indah sahaja, tak lagi rasa kemanisannya sejak kedatangan dua ahli yang agak matang itu. Tetapi tetap ditabahkan oleh mereka kerana menganggap mereka berdua itu lebih lama dan lagi matang dalam hal-hal sebegini.
Maka, dalam hampir masa untuk tamat tempohnya, si matangS menayakan pada yang segarS bahawa seorang sahabat mereka ingin bergabung sekali dengan mereka yang mana akan menjadikan enam orang semuanya. Jumlahnya agak besar, mungkin ia satu petanda baik untuk lebih cepat menyelesaikan semuanya. Namun andaiannya hampa. Pelbagai janji yang dibuat oleh si matangS dimungkiri. Si segarS sering terasa termasuk salah satu kata-katanya yang mana ditujukan khas dan teristimewa sekali buat si segarS iaitu 'janganlah gelabah sangat'. Terlamapu banyak onak duri yang dihadapi segarS dan dinikmati oleh si matangS. Dalam matangS itu juga ada krisisnya yang segarS pun tak pernah paham. Yakni hal berkaitan teman lelap mereka iaitu hanim. Tak pernah pun merasa berdiskusi dengannya. Hinggakan ke akhir hari diskusi mereka, di mana bahagiannya yang paling banyak salah tetapi dia berikan alasan bahawa die sakit. Tuhan sahaja yang dapat menilai segala tipu helah atau magika atau dalang di sebalik batu/udang atau apa-apa saja. Semoga mereka dapat bergraduasi dengan memperolehi keputusan yang terbaik. Untuk segarS pula, mungkin telah lama terasa kesakitan dalam hati, tetapi, mungkin dapat menjadikan pengajaran buat mereka agar tidak berkelakuan begitu kelak dan akan memilih orang yang terbaik untuk apa-apa kerja mendatang.
Kisah ini telah diubahsuai untuk tayangan umum. Setiap karakter juga telah diubah dan tidak berkaitan dengan mana-mana yang telahpun meninggal dunia. InsyaAllah.

Tuesday, January 26, 2010
karipapanas membawa diri...
cuti penggal telah bermula dan ini menandakan yang kami harus berpisah.kami harus berpisah untuk sementara waktu dan pulang ke pangkuan keluarga yang amat dicintai.pada hari Jumaat yang terik,karipapanas telah merelakan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Rani.tinggalah kami lapan bersaudara menanti detik untuk pulang.Sabtu pun tiba.pagi Sabtu begitu indah disulami angin sepoi-sepoi bahasa yang seolah-olah bersedih di atas kepergian kami.seawal jam 10.30 pagi,Pelangi berangkat pulang disusuli dengan Awan,Kayu manis,Cengkih dan Memelt.Kentang,Alice dan Kupu-kupu telah lama menghilangkan diri.di tika ini, tanggal 26 Januari,jam 11.33 malam,karipapanas sedang enak di buai mimpi indah dan mungkin juga seram di kamar masing-masing.
Selamat malam karipapanas!!Moga harimu disulami senyuman indah.Sampai kita ketemu lagi :)
So long fare thee well.
Selamat malam karipapanas!!Moga harimu disulami senyuman indah.Sampai kita ketemu lagi :)
So long fare thee well.
Alkisah sembilan bersaudara..
Alkisahnya, bermulalah kisah kami bersembilan. Di suatu hari yang penuh indah, kesembilan KARIPAPANAS bersama-sama dalam bilik yang tak berapa besar, tak pula kecil. Hari ini kelihatan suram sahaja. Awan membentangi langit, Pelangi tak pula keluar. Jauh di dasaran bumi pula ternampak Alice sedang berjalan dengan riang menuju ke arah Duli Yang Teramat Mulia Rani. Rani mengarahkan Dayang tercantiknya, Memelt untuk memasak satu hidangan yang besertakan Cengkih dan Kayu Manis. Dayang Memelt rasa ragu kerana Kentang kehabisan pula di dapur. Tiba-tiba Kupu-kupu datang dan telah mewarnai hidup karipapanas semuanya. Awan, Pelangi, Cengkih, Kayu Manis, Memelt, Rani, Kupu-kupu, Kentang dan Alice pun keluar menyanyikan lagu 'BASIKAL TUA' versi rock sambil menari.
Subscribe to:
Posts (Atom)