Tuesday, November 30, 2010

aku KOPI

hanya secawan kopi.
iya, itulah aku.
sentiasa menjadi teman setia kepada makhluk yang bernama manusia.
aku sangat sedap. tak faham kenapa ada yang tidak sukakan aku.
boleh diminum begitu sahaja, dicampur bersama susu
atau mengikut citarasa sendiri.

golongan yang bernama 'ayah' sentiasa menjadikan aku sebagai teman setia mereka.
di kala mereka sedang membaca, berborak dengan rakan-rakan ataupun sebaik sahaja baru pulang dari kerja,
aku sentiasa ada di sisi.

golongan yang bernama 'pelajar' juga amat sukakan aku.
aku kurang pasti kenapa tapi aku amat diperlukan oleh mereka pada saat-saat genting sahaja,
iaitu sewaktu mereka ingin menelaah atau siapkan kerja sehingga lewat malam.
bagiku, tindakan seperti itu agak kurang wajar kerana mereka mempergunakan aku dengan cara yang salah.
namun, tidak mengapalah.
demi golongan manusia, aku sanggup mempertaruhkan maruahku.

yang membingungkan aku,
ada juga golongan yang kurang suka sama aku;
kanak-kanak, pesakit diabetes, migrain dan pelbagai lagi.
mungkin ada sebab mereka menjauhkan diri dari aku.
mungkin aku tidak se-hensem si karipap.
badan golden-brown, rambut berpintal-pintal, sentiasa hot pabila keluar dari kuali...
cis.

karipap...
sejak dulu lagi engkau wujud bersamaku.
aku bukan jeles sama engkau.
cuma aku kesiankan kau.
engkau kurang popular berbanding aku.
manusia lebih suka makan engkau hanya jika aku ada di sisi.
akulah pelengkap engkau wahai karipap.
HA.HA.HA

Saturday, November 27, 2010

cengkih+alice+pelangi+kayu manis+rani+awan+kentang+memelt = 1 kombinasi rempah,alam sekitar dan watak yg sgt menarik =)

setiap satu ada daya tarikan..namun ramai yg tsalah anggap dan tanpa sedar,ada yg cemburukan gaulan rempah yg mantap rasanya seperti rempah kari babas,alam sekitar yg nyaman dan watak2 itu...knp??knp manusia harus cemburu?ada dengki dan benci??lihatlah kebahagiaan kami....
tp tidak ada sorg pun yg terlepas dr ujian..langit mmg x slalu cerah,kadang ada guruh,kadang taufan,kadang hujan renyai,kadang gempa bumi,kadang tsunami...tulah alam..seperti juga rempah2...kadang tlalu pedas,kadang tawar rasanya...watak juga begitu...kadang kena belasah dgn pnjahat,kadang buat salah sndiri.....tp,ingatlah,jika tiada slh phm,hidup ni x best bukan???sbb x best juga jika asyik happy setiap masa...tulah dinamakan hidup...

makhluk Allah xpernah rasa puas,ada shj yg x cukup....contohnya,ada saja yg komen tentang karipap..knp karipap lemau?knp karipap x sdap??knp karipap digoreng x masak sgt??"aaahhh!!pegi beli karipap kt kedai sebelah laa!" tp xpelah,usah didengar rungutan org,jika diri sendri blom merasa rasa karipap itu sbb.....lain org,lain lidahnya...yg dikata lemau,dirasanya empuk....yg dikata x sdap,dirasa cukup manis+cukup masin....hanya karipap mengenal karipap....dan janganlah dikutuk karipap2 lain sbb ingtlah,tangan yg menguli tepung itu x sama..maka lainla rasanya...pahamilah jiwa karipap2 itu...

tp,smua ungutan ttg karipap akan berakhir juga nanti....
kuih2 lain mungkin sudah lupakan karipap...malah,karipap mungkin akan lupakan siapa teman sekuali ketika digoreng disaat ada yg dtg membeli karipap2 itu

smpai suatu masa mungkin...........

alice : bfikir 2 kali utk kembali ke dunia,krn mahu bersama mad hatternya..mngungkai psoalan, "why is a raven like a writing desk?"

rani : sudah btemu kbahagiaan dgn heronya dan bersara dlm dunia bollywood

kupukupu : akan terbang jauh meninggalkan halaman

cengkih : berada bersama air gula,mengharumkan lagi air yg diminum

kentang : yg sentiasa menjadi pilihan mc'd n kfc

awan : selalu ada ketika goku mencari awan gulingnya

pelangi : masih menjadi kesukaan anak2 kecil kerana warnanya yg indah

memelt : bjumpa the right abg mimilt

kayu manis : betemu dgn kari yg sgt mantap jika digandingkan bsama

jadilah seperti kacang,yg selalu bersama..seperti wonderpets yg selalu bkerjasama.namun,ini realiti..smuanya akan pergi nanti bila smua sudah berakhir...
karipap mungkin akan melupakan rakan2nya...tp ingtlah karipap memerlukan sokongan karipap utk terus bertahan di dalam pinggan =)

Tuesday, November 23, 2010

kayu manis:seperti mana kamu mengharumkan masakan,
seperti itu juga kamu menghilangkan segala kesedihan slps menumbuk cili,
"adoi",pedih tu....lalu mendongak ke arah awan,
terima kasih kawan

alice:kamu satu dalam seribu,
seribu satu keunikan kerana kamu seorang yg muat dalam lubang arnab,
dan oh,tahniah sebab jumpa formula nak tinggi dan pendek cpt......jual la cpt,confirm laku,
terima kasih kawan

rani:senyum dan bahagia selalu,
kamu nampak lagi cantik apabila kamu berbahagia supaya kamu tak menjadi red queen menjerit "off with her head!",
kasihan alice dia baru nak jual formula dia tu.....skim cpt kaya kah?
terima kasih kawan

awan:rindu air pegaga kamu yg mengkhayalkan tu..
nampak alice dan red queen makan kentang goreng,
tapi tak fahamnye,kenapa minum air cengkih?
terima kasih kawan

pelangi:7 warna pelangi tidak menggambarkan keindahan persahabatan dgnmu,
membantu apabila kawanmu bersedih tak habis blajar wakt exm,
menangis tak berlagu? yang penting keluar pelangi,
terima kasih kawan

cengkih:kamu juga sangat unik,
juga seorang yang sangat indah untuk dijadikan teman hidup dengan masakan berkuah.....bersama kentang goreng berperisa kayu manis?hm....nanti kita cuba,
terima kasih kawan

kentang:seperti kentang kamu membawa banyak pilihan untuk dibuat hidangan,
seperti kentang kamu sangat membantu mengalas perut,
mengingatkan ku pada kentang mcd...sudah la tu perut berjoget nanti kita isi kamu,
terima kasih kawan

memelt:kejap,kamu ni juga sgt unik sebab puas cari maksud kamu,
tak jumpe pun.....kamu ada darah perancis kah?
apa-apa pun sedapkan kan makan hidangan hari ini?
kuah kari yg cukup rasanye bersama kentang berperisa kayu manis,
tapi mcmana ada cengkih 3 biji ni?
hmmmm....apapun dapat jumpe kawan lama kamu;alice dan rani di hari yang kadang-kadang berawan tebal hingga timbulnye pelangi......


kupukupu yg ingin ke taman ilmu dan budi bersama rakannya

Monday, November 22, 2010

pergaduhan membawa maksud mengenali seseorang dngn lebih baik,
tidak perlu drama,tidak perlu perasaan benci....tapi, bila pergaduhan itu menimbulkan perasaan benci.BERHENTI seketika kawanku....ingat segala memori bersamanya. masih perlukah kamu menaruh dendam dan perasaan? ingatlah,sebagai manusia kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan.

seandainya kawanmu berat untuk memaafkanmu,maafkanlah dia.
seandainya terkasar bahasa daripadanya,maafkanlah dia.
seandainya kamu berdua makin berjauhan,maafkanlah dia....mungkin dia juga sering memikirkan tentangmu,cuma mungkin dia sendiri mengalami masalah yg tersendiri....

entahla,mungkin lebih baik seandainya manusia dihidupkan untuk bersendirian.adakah semuanya akan menjadi lebih baik?

perkenalan membawa erti kamu membenarkan seseorang untuk mewarnakan hidup kamu dengan warnanya yg tersendiri dan caranya yg tersendiri.....seandainya difikirkan,kamu yg membenarkan dia untuk masuk ke dalam hidupmu. kamu sendiri yg membuat pilihan itu dan bukan org lain.....

oleh itu,segala yg berlaku harus kamu pupuk supaya menjadi lebih baik.bukalah mata mu kawanku,ingatlah segala memori indah kamu...
yg menulis tidaklah yang terbaik sekadar ingin mengingati bahawa setiap satu daripada kamu membawa erti yg indah dan tidak kurang daripada itu...terima kasih kerana sudi menjadi kawanku......sayang semua

p/s:maaf sekiranya hati kawanku terguris ketika membaca


kupukupu

Sunday, November 21, 2010

tak emo tak best

apabila aku gembira, tidak pula aku ingat untuk menulis dan mencatat setiap detik yang telah membuat aku menjadi gembira itu.
namun apabila fikiran ini dibelenggu dengan pelbagai masalah dan tanda tanya, mulalah jari jemari, mulut dan otakku menjadi aktif untuk bergerak.
setiap isi ingin dibentangkan dengan begitu teliti sekali.
mencari dan memikirkan jalan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini.
tidak kisahlah sama ada manusia atau buku atau blog yang menjadi mangsa luahan hati ini.
aku cuma ingin meluahkan, bukan memudaratkan diri ini dengan bebanan rahsia.

rahsia.
rahsia bisa membuat aku gembira, sedih dan keliru.
kadang kala aku rasa rahsia patut disimpan sampai mati
tetapi pernah juga wujud di benak hati ini untuk meluahkan segala rahsia ini untuk dikongsi bersama.
beban rahsia mampu membuat jiwa ini menjadi gila.
patutkah aku luahkan atau simpan sampai mati?

mati.
bagi sesetengah orang ia merupakan satu isu yang sangat sensitif
tapi, ada yang menganggap ia satu bahan lawak.
Ah, tak kisahlah.
yang penting aku jarang menggunakan perkataan ini.

Tengok, kan betul apa yang aku tulis?
Kalau kita tak emo, memang tak best.
Kena cari mood emo tu.
Geledah cepat almari baju, majalah-majalah sekolah, gambar-gambar lama,
Baru boleh tulis jiwang-jiwang beb. Kasi tangkap lelleehhh punnyaa...

Inspirasi aku untuk tulis post pada kali ini adalah berlandaskan apa yang telah aku lalui sepanjang hari ini. Aku rasa aku tak cukup emo untuk sambung karya aku yang tak seberapa ini. Nampaknya aku kena berusaha dengan lebih gigih lagi.
Ayuh, Ayuh, EMO, DATANGLAH KEPADAKUUU!!

Wednesday, November 10, 2010

Lagu untukmu

Lagu ini untuk sape-sape yang sedang kecewa atau penah dikecewakan :)


Saturday, November 6, 2010

simpan dalam

Simpan dalam jadi makan dalam tapi tulaa yang sedap tu.Tapi bila simpan lama2 pun boleh jadi penat juga kan. Pastu bila dah terpendam lama-lama jadi laa bukit pastu rasa cm nak muntahkan aje semua yang kita simpan tu. Bila dah muntah,busuk semua orang tak nak dekat dah. Sebab itu lebih baik kite simpan dan maafkan sahaja apa yang terbuku kat dalam hati kita. Sedangkan nabi boleh memaafkan umatnya kenapa kita tak boleh buat eh ?

Saya tahu susah nak buat. Memaafkan tu senang tapi yang nak melupakan itu yang susah tapi kita mesti cuba. Walaupun sakit dalam hati tu bak ditikam dengan pisau berulang-ulang kali, ape nak buat kita ni semua bersaudara. Tak baik bergaduh-gaduhan, syak wangsaka, kutuk-mengutuk. Lebih baik kita berjalan kehadapan sahaja dan tak usahlah kita ungkit perkara-perkara yang lama. Tapi biasalah lumrah manusia,hidup ni semua ade je yang x kena kan. Kita mestilah kuat dan berani untuk bersuara tetapi sekali lagi tidak semua orang dalam dunia ni Allah S.W.T ciptakan dia kuat boleh luahkan semua yang xsedap di dalam hati-hati mereka.

Entahlaah, Saya rasa semua macam okay je bila bertemu namun ingin saya buahkan rasa pelik dan janggal kadang2 bila bersama-sama,saat2 bersama masih manis dan ada juga sedikit pahitnya. Nak buat macam mana kan itu laah lumrah berkawan. Ade yang kita rase die berubah jauh die membawa diri lari ke mane entah saya pun kurang pasti. Die berlari dan berlari mencari sesuatu yang pasti tapi tak ditemui. Apabila die tidak ketemu apa yang dicari, rebahlaah dan remuklaah hatinya. Cuba untuk berdiri balik. Alhamdulillah boleh berdiri balik walaupun kakinya terketar-ketar apabila mencuba buat kali pertama.

Kononya nak rasa sakit sorang2 tapi sebenarnya rasa sakit sorang2 itu yang membuatkannya lagi hilang menghalang entah ke mana. Disebabkan dia dah tutup semua suis, sebab dah xnak rasa apa2 kan. senang lagi mcm tu . xpayah nk bg serabut otak. Wahai kawan-kawan bangunlaah dari mimpi2 kamu semua. Mimpi-mimpi yang indah tapi xseindah yang kamu sangkakan. Percayalah padaku. Kita perlukan kawan dalam segala apa yang kita lalui. Sambutlaah tangan mereka dan berganding bahu ucapkan maaf jikalau ade tersilap kata atau tersalah bahasa kerana kawan akan ada sentiasa bersama kita.Ingatlah kata-kata ini.

Sampai di sini sahaja lah nukilan. Mohon maaf jika ada yang terkasar bahasa dalam coretanku ini. Saya hanya ingin memperingati diri sendiri dan kamu semua dan nak ingatkan kita ni ada ikatan yang sangat kuat,saling sayang-menyayangi walaupun jarang nk keluarkan perkataan tu. Janganlaa kite biarkan tali ini putus begitu sahaja kan. Bahawasanya watak2 dalam nukilan ini tidak ade kene mengena dengan yang masih hidup atau meninggal dunia.Semuanya hanya rekaan daripada apa yang dapat dilihat,dirasa dan didengar.

Sekian sahaja,

Semoga hari anda lebih baik dari hari yang sebelumnya.terima kasih ! :)

Wednesday, November 3, 2010

buat mu

Bilamana mulut terkunci seribu bahasa

Kata-kata yang tersusun kini menjadi harta karun yang berdebu

Sepi tanpa kata, aku kaku di kanan dan kiri

Takut untuk menoleh, kerana takut akan kehilangan mu

Aku berjalan menuju kisah yang gembira

Bergelak ketawa dengan penuh asyik

Berkongsi kisah suka dan suka

Aku berhenti di satu tempat yang hampir memisahkan kita

Hari semakin gelap, namun ku gagahi juga

Tiada pilihan yang perlu di buat, aku masih lagi milik kamu

Kita masih saling memerlukan, kan?

Kerana aku rindu akan kisah suka lalu

Aku rindu muka nya, tawa nya, kata-kata nya

Aku rindu KAMU…

Maafkan aku kerana di hanyut pergi dengan rasa itu

Mungkin kisah yang lepas ini memberi seribu erti

Bahawa,

Masa semakin jauh meninggalkan kita dan,

Usia yang tidak semakin remaja

Aku perlukan kamu, menjadi tua bersama-sama

Menjadi dewasa dan matang

Kita adalah sebuah rumah yang asasnya kukuh

Tegak berdiri bersama sabar dan keikhlasan

Semoga silaturrahim ini di rahmati Allah dan mendapat perlindungan dariNya

AMIN…