Friday, December 31, 2010
Aku letih dan bosan dengan segalanya,
Namun ku tabahkan diri...
TAPIIIIII, ada hadnya diriku dapat bersabar!
Mengapa seperti hanya kami saja yang perlu mengalah?
Sudahlah!
Semua insan ada kelemahan mereka yang tersendiri.
Kita tak perlu nak berbangga atas kelebihan yang ada dan CUBA memburukkan kelemahan orang lain.
Sepatutnya dikau bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah untukmu.
Itu adalah lebih mulia dari yang lain.
Hakikat ini tak semua perasan. Harapan agar dikau dapat berubah kepada yang lebih baik, bukan hanya berkata seperti yang baik.
Pesanan ini buat diriku dan sahabat karipapanas yang lain.
Moga ianya dipahami buat tontonan dan perubahan semua ;]
Thursday, December 30, 2010
saya jadi sakit bila tengok awak
saya benci bila awak tipu saya
saya benci bila awak suka dia
kenapa?
sebab setiap kali saya tengok awak dengan dia,
saya jadi sakit.
saya benci bila dia dengan awak
saya benci bila dia tipu saya
saya benci bila dia suka awak
saya tak rasa awak ditakdirkan untuk bersama dengan dia
maaflah,
jika awak tersinggung
saya bukan benci awak, cuma saya sayang awak sangat-sangat
Sunday, December 26, 2010
berjalan berlari
esok mungkin aku berjalan
saat ini aku berjalan
sambil mengejar engkau yang tak kelihatan
semalam aku kecewa
lalu berlari mengejar bahagia
aku sunyi
aku benci
dengan diriku yang tanpa hala tuju
Sunday, December 19, 2010
eh, dia ni lagiii
walau di mana kami menyorok,
engkau tetap ada.
kami cuba lupakan engkau,
kami cuba mengalih pandangan,
engkau tetap ada.
apakah salah kami?
adakah engkau sedang mengikut jejak kami?
atau...
adakah kita ditakdirkan untuk bersama?
Tuesday, November 30, 2010
aku KOPI
iya, itulah aku.
sentiasa menjadi teman setia kepada makhluk yang bernama manusia.
aku sangat sedap. tak faham kenapa ada yang tidak sukakan aku.
boleh diminum begitu sahaja, dicampur bersama susu
atau mengikut citarasa sendiri.
golongan yang bernama 'ayah' sentiasa menjadikan aku sebagai teman setia mereka.
di kala mereka sedang membaca, berborak dengan rakan-rakan ataupun sebaik sahaja baru pulang dari kerja,
aku sentiasa ada di sisi.
golongan yang bernama 'pelajar' juga amat sukakan aku.
aku kurang pasti kenapa tapi aku amat diperlukan oleh mereka pada saat-saat genting sahaja,
iaitu sewaktu mereka ingin menelaah atau siapkan kerja sehingga lewat malam.
bagiku, tindakan seperti itu agak kurang wajar kerana mereka mempergunakan aku dengan cara yang salah.
namun, tidak mengapalah.
demi golongan manusia, aku sanggup mempertaruhkan maruahku.
yang membingungkan aku,
ada juga golongan yang kurang suka sama aku;
kanak-kanak, pesakit diabetes, migrain dan pelbagai lagi.
mungkin ada sebab mereka menjauhkan diri dari aku.
mungkin aku tidak se-hensem si karipap.
badan golden-brown, rambut berpintal-pintal, sentiasa hot pabila keluar dari kuali...
cis.
karipap...
sejak dulu lagi engkau wujud bersamaku.
aku bukan jeles sama engkau.
cuma aku kesiankan kau.
engkau kurang popular berbanding aku.
manusia lebih suka makan engkau hanya jika aku ada di sisi.
akulah pelengkap engkau wahai karipap.
HA.HA.HA
Saturday, November 27, 2010
setiap satu ada daya tarikan..namun ramai yg tsalah anggap dan tanpa sedar,ada yg cemburukan gaulan rempah yg mantap rasanya seperti rempah kari babas,alam sekitar yg nyaman dan watak2 itu...knp??knp manusia harus cemburu?ada dengki dan benci??lihatlah kebahagiaan kami....
tp tidak ada sorg pun yg terlepas dr ujian..langit mmg x slalu cerah,kadang ada guruh,kadang taufan,kadang hujan renyai,kadang gempa bumi,kadang tsunami...tulah alam..seperti juga rempah2...kadang tlalu pedas,kadang tawar rasanya...watak juga begitu...kadang kena belasah dgn pnjahat,kadang buat salah sndiri.....tp,ingatlah,jika tiada slh phm,hidup ni x best bukan???sbb x best juga jika asyik happy setiap masa...tulah dinamakan hidup...
makhluk Allah xpernah rasa puas,ada shj yg x cukup....contohnya,ada saja yg komen tentang karipap..knp karipap lemau?knp karipap x sdap??knp karipap digoreng x masak sgt??"aaahhh!!pegi beli karipap kt kedai sebelah laa!" tp xpelah,usah didengar rungutan org,jika diri sendri blom merasa rasa karipap itu sbb.....lain org,lain lidahnya...yg dikata lemau,dirasanya empuk....yg dikata x sdap,dirasa cukup manis+cukup masin....hanya karipap mengenal karipap....dan janganlah dikutuk karipap2 lain sbb ingtlah,tangan yg menguli tepung itu x sama..maka lainla rasanya...pahamilah jiwa karipap2 itu...
tp,smua ungutan ttg karipap akan berakhir juga nanti....
kuih2 lain mungkin sudah lupakan karipap...malah,karipap mungkin akan lupakan siapa teman sekuali ketika digoreng disaat ada yg dtg membeli karipap2 itu
smpai suatu masa mungkin...........
alice : bfikir 2 kali utk kembali ke dunia,krn mahu bersama mad hatternya..mngungkai psoalan, "why is a raven like a writing desk?"
rani : sudah btemu kbahagiaan dgn heronya dan bersara dlm dunia bollywood
kupukupu : akan terbang jauh meninggalkan halaman
cengkih : berada bersama air gula,mengharumkan lagi air yg diminum
kentang : yg sentiasa menjadi pilihan mc'd n kfc
awan : selalu ada ketika goku mencari awan gulingnya
pelangi : masih menjadi kesukaan anak2 kecil kerana warnanya yg indah
memelt : bjumpa the right abg mimilt
kayu manis : betemu dgn kari yg sgt mantap jika digandingkan bsama
jadilah seperti kacang,yg selalu bersama..seperti wonderpets yg selalu bkerjasama.namun,ini realiti..smuanya akan pergi nanti bila smua sudah berakhir...
karipap mungkin akan melupakan rakan2nya...tp ingtlah karipap memerlukan sokongan karipap utk terus bertahan di dalam pinggan =)
Tuesday, November 23, 2010
seperti itu juga kamu menghilangkan segala kesedihan slps menumbuk cili,
"adoi",pedih tu....lalu mendongak ke arah awan,
terima kasih kawan
alice:kamu satu dalam seribu,
seribu satu keunikan kerana kamu seorang yg muat dalam lubang arnab,
dan oh,tahniah sebab jumpa formula nak tinggi dan pendek cpt......jual la cpt,confirm laku,
terima kasih kawan
rani:senyum dan bahagia selalu,
kamu nampak lagi cantik apabila kamu berbahagia supaya kamu tak menjadi red queen menjerit "off with her head!",
kasihan alice dia baru nak jual formula dia tu.....skim cpt kaya kah?
terima kasih kawan
awan:rindu air pegaga kamu yg mengkhayalkan tu..
nampak alice dan red queen makan kentang goreng,
tapi tak fahamnye,kenapa minum air cengkih?
terima kasih kawan
pelangi:7 warna pelangi tidak menggambarkan keindahan persahabatan dgnmu,
membantu apabila kawanmu bersedih tak habis blajar wakt exm,
menangis tak berlagu? yang penting keluar pelangi,
terima kasih kawan
cengkih:kamu juga sangat unik,
juga seorang yang sangat indah untuk dijadikan teman hidup dengan masakan berkuah.....bersama kentang goreng berperisa kayu manis?hm....nanti kita cuba,
terima kasih kawan
kentang:seperti kentang kamu membawa banyak pilihan untuk dibuat hidangan,
seperti kentang kamu sangat membantu mengalas perut,
mengingatkan ku pada kentang mcd...sudah la tu perut berjoget nanti kita isi kamu,
terima kasih kawan
memelt:kejap,kamu ni juga sgt unik sebab puas cari maksud kamu,
tak jumpe pun.....kamu ada darah perancis kah?
apa-apa pun sedapkan kan makan hidangan hari ini?
kuah kari yg cukup rasanye bersama kentang berperisa kayu manis,
tapi mcmana ada cengkih 3 biji ni?
hmmmm....apapun dapat jumpe kawan lama kamu;alice dan rani di hari yang kadang-kadang berawan tebal hingga timbulnye pelangi......
kupukupu yg ingin ke taman ilmu dan budi bersama rakannya
Monday, November 22, 2010
tidak perlu drama,tidak perlu perasaan benci....tapi, bila pergaduhan itu menimbulkan perasaan benci.BERHENTI seketika kawanku....ingat segala memori bersamanya. masih perlukah kamu menaruh dendam dan perasaan? ingatlah,sebagai manusia kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan.
seandainya kawanmu berat untuk memaafkanmu,maafkanlah dia.
seandainya terkasar bahasa daripadanya,maafkanlah dia.
seandainya kamu berdua makin berjauhan,maafkanlah dia....mungkin dia juga sering memikirkan tentangmu,cuma mungkin dia sendiri mengalami masalah yg tersendiri....
entahla,mungkin lebih baik seandainya manusia dihidupkan untuk bersendirian.adakah semuanya akan menjadi lebih baik?
perkenalan membawa erti kamu membenarkan seseorang untuk mewarnakan hidup kamu dengan warnanya yg tersendiri dan caranya yg tersendiri.....seandainya difikirkan,kamu yg membenarkan dia untuk masuk ke dalam hidupmu. kamu sendiri yg membuat pilihan itu dan bukan org lain.....
oleh itu,segala yg berlaku harus kamu pupuk supaya menjadi lebih baik.bukalah mata mu kawanku,ingatlah segala memori indah kamu...
yg menulis tidaklah yang terbaik sekadar ingin mengingati bahawa setiap satu daripada kamu membawa erti yg indah dan tidak kurang daripada itu...terima kasih kerana sudi menjadi kawanku......sayang semua
p/s:maaf sekiranya hati kawanku terguris ketika membaca
kupukupu
Sunday, November 21, 2010
tak emo tak best
namun apabila fikiran ini dibelenggu dengan pelbagai masalah dan tanda tanya, mulalah jari jemari, mulut dan otakku menjadi aktif untuk bergerak.
setiap isi ingin dibentangkan dengan begitu teliti sekali.
mencari dan memikirkan jalan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini.
tidak kisahlah sama ada manusia atau buku atau blog yang menjadi mangsa luahan hati ini.
aku cuma ingin meluahkan, bukan memudaratkan diri ini dengan bebanan rahsia.
rahsia.
rahsia bisa membuat aku gembira, sedih dan keliru.
kadang kala aku rasa rahsia patut disimpan sampai mati
tetapi pernah juga wujud di benak hati ini untuk meluahkan segala rahsia ini untuk dikongsi bersama.
beban rahsia mampu membuat jiwa ini menjadi gila.
patutkah aku luahkan atau simpan sampai mati?
mati.
bagi sesetengah orang ia merupakan satu isu yang sangat sensitif
tapi, ada yang menganggap ia satu bahan lawak.
Ah, tak kisahlah.
yang penting aku jarang menggunakan perkataan ini.
Tengok, kan betul apa yang aku tulis?
Kalau kita tak emo, memang tak best.
Kena cari mood emo tu.
Geledah cepat almari baju, majalah-majalah sekolah, gambar-gambar lama,
Baru boleh tulis jiwang-jiwang beb. Kasi tangkap lelleehhh punnyaa...
Inspirasi aku untuk tulis post pada kali ini adalah berlandaskan apa yang telah aku lalui sepanjang hari ini. Aku rasa aku tak cukup emo untuk sambung karya aku yang tak seberapa ini. Nampaknya aku kena berusaha dengan lebih gigih lagi.
Ayuh, Ayuh, EMO, DATANGLAH KEPADAKUUU!!
Wednesday, November 10, 2010
Saturday, November 6, 2010
simpan dalam
Saya tahu susah nak buat. Memaafkan tu senang tapi yang nak melupakan itu yang susah tapi kita mesti cuba. Walaupun sakit dalam hati tu bak ditikam dengan pisau berulang-ulang kali, ape nak buat kita ni semua bersaudara. Tak baik bergaduh-gaduhan, syak wangsaka, kutuk-mengutuk. Lebih baik kita berjalan kehadapan sahaja dan tak usahlah kita ungkit perkara-perkara yang lama. Tapi biasalah lumrah manusia,hidup ni semua ade je yang x kena kan. Kita mestilah kuat dan berani untuk bersuara tetapi sekali lagi tidak semua orang dalam dunia ni Allah S.W.T ciptakan dia kuat boleh luahkan semua yang xsedap di dalam hati-hati mereka.
Entahlaah, Saya rasa semua macam okay je bila bertemu namun ingin saya buahkan rasa pelik dan janggal kadang2 bila bersama-sama,saat2 bersama masih manis dan ada juga sedikit pahitnya. Nak buat macam mana kan itu laah lumrah berkawan. Ade yang kita rase die berubah jauh die membawa diri lari ke mane entah saya pun kurang pasti. Die berlari dan berlari mencari sesuatu yang pasti tapi tak ditemui. Apabila die tidak ketemu apa yang dicari, rebahlaah dan remuklaah hatinya. Cuba untuk berdiri balik. Alhamdulillah boleh berdiri balik walaupun kakinya terketar-ketar apabila mencuba buat kali pertama.
Kononya nak rasa sakit sorang2 tapi sebenarnya rasa sakit sorang2 itu yang membuatkannya lagi hilang menghalang entah ke mana. Disebabkan dia dah tutup semua suis, sebab dah xnak rasa apa2 kan. senang lagi mcm tu . xpayah nk bg serabut otak. Wahai kawan-kawan bangunlaah dari mimpi2 kamu semua. Mimpi-mimpi yang indah tapi xseindah yang kamu sangkakan. Percayalah padaku. Kita perlukan kawan dalam segala apa yang kita lalui. Sambutlaah tangan mereka dan berganding bahu ucapkan maaf jikalau ade tersilap kata atau tersalah bahasa kerana kawan akan ada sentiasa bersama kita.Ingatlah kata-kata ini.
Sampai di sini sahaja lah nukilan. Mohon maaf jika ada yang terkasar bahasa dalam coretanku ini. Saya hanya ingin memperingati diri sendiri dan kamu semua dan nak ingatkan kita ni ada ikatan yang sangat kuat,saling sayang-menyayangi walaupun jarang nk keluarkan perkataan tu. Janganlaa kite biarkan tali ini putus begitu sahaja kan. Bahawasanya watak2 dalam nukilan ini tidak ade kene mengena dengan yang masih hidup atau meninggal dunia.Semuanya hanya rekaan daripada apa yang dapat dilihat,dirasa dan didengar.
Sekian sahaja,
Semoga hari anda lebih baik dari hari yang sebelumnya.terima kasih ! :)
Wednesday, November 3, 2010
buat mu
Bilamana mulut terkunci seribu bahasa
Kata-kata yang tersusun kini menjadi harta karun yang berdebu
Sepi tanpa kata, aku kaku di kanan dan kiri
Takut untuk menoleh, kerana takut akan kehilangan mu
Aku berjalan menuju kisah yang gembira
Bergelak ketawa dengan penuh asyik
Berkongsi kisah suka dan suka
Aku berhenti di satu tempat yang hampir memisahkan kita
Hari semakin gelap, namun ku gagahi juga
Tiada pilihan yang perlu di buat, aku masih lagi milik kamu
Kita masih saling memerlukan,
Kerana aku rindu akan kisah suka lalu
Aku rindu muka nya, tawa nya, kata-kata nya
Aku rindu KAMU…
Maafkan aku kerana di hanyut pergi dengan rasa itu
Mungkin kisah yang lepas ini memberi seribu erti
Bahawa,
Masa semakin jauh meninggalkan kita dan,
Usia yang tidak semakin remaja
Aku perlukan kamu, menjadi tua bersama-sama
Menjadi dewasa dan matang
Kita adalah sebuah rumah yang asasnya kukuh
Tegak berdiri bersama sabar dan keikhlasan
Semoga silaturrahim ini di rahmati Allah dan mendapat perlindungan dariNya
AMIN…
Saturday, October 30, 2010
saat genting
Wednesday, October 6, 2010
Kisah Karipap
Harganya pun berbaloi...
Tapi sayang,
Orang tak tau yang karipap tu tak sedap rupanya...
Sunday, September 26, 2010
minggu tegang
Keadaan sangat tegang. Seperti tali yang terletak di tengah-tengah yang menjadi penyambung di antara dua gunung.
Perubahan drastik berlaku.
Cuaca tak selalunya mendung. Ada kalanya panas terik, ada kala hujan lebat.
Kambing jadi tak tenteram,
Ada yang lari dari kelompok, ada yang hanya duduk termenung
Menunggu sahabat pulang dengan senyum kambing.
atau adakah ini satu ujian.
Apabila semua jadi tak senang
hati dan perasaan pun tak tenang...
Friday, September 24, 2010
Green, my trademark...
Kehadapan saudari Kentang :)

Terliur x ? Khas buatmu cik Kentang ! :))
Tuesday, September 7, 2010
4 hari lagi...
Sunday, August 1, 2010
Thursday, July 29, 2010
Monday, July 5, 2010
Thursday, June 17, 2010
15 Tests Every Woman Needs
The smartest way to take control of your health is to get these lifesaving tests on schedule.
By Sari Harrar
Heart Health
BLOOD PRESSURE
What Age: 20s, 30s, 40s, 50+
How Often: At least every two years.
Details: Get checked by your doc. Over-the-counter wrist and finger monitors aren’t the most accurate for diagnosing high blood pressure.
CHOLESTEROL
What Age: 20s, 30s, 40s, 50+
How Often: Blood test every five years if normal, more frequently if not.
Details: Get total cholesterol number and HDL, LDL, and triglycerides.
Eyes, Teeth
EYE EXAM
What Age: 20s, 30s, 40s, 50+
How Often: Every two to three years if normal; every one to two years after age 40.
Details: Not just for eyeglasses; checks if you’re at risk for cataracts, glaucoma, or macular degeneration. Can also reveal increased pressure in the brain, caused by bleeding, tumors and more.
TEETH
What Age: 20s, 30s, 40s, 50+
How Often: One to two times a year.
Details: Exam is about more than cavities. Dentists check for oral cancer and gum disease (which can be a harbinger of heart disease and pregnancy problems).
Cancer
CLINICAL BREAST EXAM
What Age: Start at age 25.
How Often: Every one to three years until age 40, then every year.
Details: Breast check by your health practitioner.
MAMMOGRAM
What Age: 40s, 50+
How Often: Every year.
Details: If you’re under 50 and/or have dense breasts, ask for a digital mammogram, which detects more tumors than traditional film mammograms. Many insurance companies cover a baseline mammogram in your 30s, though it’s not clear whether that helps with cancer detection later on.
SKIN-CANCER CHECK
What Age: 20s, 30s, 40s, 50+
How Often: Self check monthly; doc check every three years until age 40, then every year.
Details: Keep track of your self-checks with a mole map like the one on mdanderson.org
CHECKS FOR OTHER CANCERS
What Age: 20s, 30s, 40s, 50+
How Often: Every three years until age 39, then every year.
Details: Visual/Manual check for signs of cancers of thyroid, lymph glands, mouth, and skin as part of regular physical exam. Colon-cancer screenings start at age 50 (45 for African-Americans.)
Sexual Health
CHLAMYDIA
What Age: Anyone who is sexually active.
How Often: Every year for women under age 25; repeat annually if you have new sexual partners.
Details: A swab test detects this common STD that can cause fertility problems and pelvic pain.
HIV
What Age: If you have unprotected sex at any age.
How Often: Before having sex with someone new, four to six weeks after unprotected sex, and again six months later.
Details: New rapid tests swab your cheek (no needles), and results are ready in 20 minutes. They’re 97 to 99 percent accurate though you need to get a blood test to verify a positive result.
HPV-DNA
What Age: 30s, 40s, 50+ (20s if you have an abnormal Pap)
How Often: Every year. If HPV and Pap are normal, repeat both every three years.
Details: With a sample collected on a swab, this test looks for 13 strains of the human papilloma virus (HPV) associated with cervical cancer. Get this test even if you’ve had the HPV vaccine.
PAP
What Age: 20s, 30s, 40s, 50+
How Often: Repeat every year; after three consecutive negative Paps in your 30s, you can test every two to three years.
Details: Ask for a liquid based cytology test (ThinPrep or SurePath) – the better sample can eliminate the need for immediate retesting (the test feels the same; the change is on the slide). You need a Pap even if you’ve had the HPV vaccine.
PELVIC EXAM
What Age: 20s, 30s, 40s, 50+
How Often: Every year.
Details: Checks for infections, some STDs, growths, cysts, and to see if you need additional test for ovarian cancer.
Diabetes
BLOOD GLUCOSE TEST
What Age: Start at age 45; 25 if your insurance covers it.
How Often: Every three years if normal, more frequently if levels are above normal.
Details: Ask for a fasting blood-sugar test (it’s a blood test). Get clarity on your results; even if you don’t have diabetes, you may have pre-diabetes, which may be reversed with lifestyle changes.
Hormones
THYROID FUNCTION
What Age: Before pregnancy.
How Often: Do what your insurance will cover.
Details: Blood test checks for low or high thyroid levels. Test if you have symptoms like low energy, weight gain, or hair loss. Since many women don’t have symptoms, some docs say every woman should be tested, at least before pregnancy. Get it if your insurance will pay.
HIGH-RISK RULES
Start testing sooner if you're at above-average risk for these medical conditions:
LOW BONE DENSITY:
Get a bone scan every two years starting now if you've taken a glucocorticoid drug (like Prednisone) for two months or more. (Otherwise, get one at 50+.)
BREAST CANCER:
If you have a first-degree relative (parent or sibling) who has had breast cancer, get a clinical breast exam every three to six months and an annual mammogram starting 10 years earlier than your relative's age at cancer diagnosis. Ask your doctor about adding an MRI.
COLON CANCER:
Colonoscopy every five years starting at age 40, or younger if a first-degree relative had colon cancer or a polyp before age 60.
DIABETES:
Annual blood-sugar test starting at age 30 if you're overweight and have/had any of these: polycystic ovarian syndrome, family history, gestational diabetes, high blood pressure, low HDL cholesterol and high triglycerides, or are of African, Hispanic, Asian, Pacific Islander, or Native American descent.
OVARIAN CANCER:
Transvaginal ultrasound plus a CA-125 blood test starting between 30 and 35 if you have genetic risk (mutated BRCA1 or other ovarian-cancer gene). Start between 35 and 40 if you have a mutated BRCA2 gene.
SKIN CANCER:
Consult a dermatologist about a screening schedule if you have a family history of melanoma in two or more blood relatives, multiple unusual moles, or actinic keratoses—gray to pink scaly skin patches.
-----------------------------------------------
so, ladies.. better check everything before it haunts u down.. bukan nak takut-takut kan, tapi bile semuanye da terlambat lagi menakutkan, aite?
hanya sekadar "knowledge" untuk dikongsi bersama ;)
Thursday, June 10, 2010
heyy heyy kamuu
Siapa lagi kalau bukan kamu?!
Kenapa toleh ke kanan dan ke kiri?
Kammuuulahhh! (sambil menuding jari)
Amboiamboiamboiiii...
Tak sabar nampaknya kamu nii
Haa, Meh sini nak bagi satu pelukan sebesar gunung!
Ehh, kenapa larii?!
Tuuunnngggguuuuuuuu!
Saya nak bagi satu pelukan Hari Jadi untuk kamu!
duhai kupu-kupu, saya tujukan khas untuk kamu. Jangan takut, saya tak makan orang. he he
Thursday, June 3, 2010
Sepiilahh!
terkenang rakan-rakan karipapanasku di sana...
adakah kamu semua sedang bergumbira? bersedih? atau sedang runsing?
Hati ini sedang meronta-ronta ingin bertemu kalian
Namun badan ini seolah-olah tidak mampu untuk bergerak mengikut keinginan hati...
Aku tidak punya banyak uwang untuk bertemu kalian yang berada jauh nun di sana
Ingin sekali ku bertemu karipapanas sekalian untuk bertanya khabar,
Untuk menenangkan hati kalian yang sedang berdukacita atau runsing.
Adakah kalian sihat-sihat di sana?
Aku hanya mampu berharap bahawa kalian semua sedang menikmati hari-hari kalian dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Kupu-kupu, adakah kamu sedang berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi kupu-kupu yang berlesen?
Memelt, adakah kamu baik-baik saja di tempat orang mencari rezeki?
Pelangi, adakah kamu sentiasa ceria menerangi langit setelah hujan?
Cengkih, sudahkah kamu bertekad dengan pilihanmu?
Alice, sudahkah kamu memulakan pengembaraanmu di dunia fantasi?
Awan, adakah kamu baik-baik aja di samping keluargamu?
Rani, adakah kamu sedang runsing dan tidak tahu mana satu pilihan hati?
Kentang, sudahkah kamu membersihkan dirimu untuk dimasak kari?
Aduh, ingin sekaliku bertemu kalian semua supaya hari-hari biasa ku tidak diselubungi dengan persoalan-persoalan tentang karipapanas.
Tatkala karipap yang panas memasuki ruang kerongkongku, rinduku terhadap kalian semua adalah serba-sedikit berkurangan. Ditambah lagi dengan kopi panas cap burung kakak tua keluaran orang kampung. Ahh~ cukup kaww sekali!
Tuesday, June 1, 2010
Friday, May 7, 2010
Selamat Hari Ibu
- Anakanda ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua insan yang pernah merasai kebahagiaan sebagai seorang ibu.
- Bonda merupakan anugerah Allah sebagai penyambung kasih sayang selepas ayahanda dalam keluarga kita,oleh itu bonda yang ku sayangi merupakan contoh terbaik kepada anakanda sekiranya anakanda mempunyai keluarga sendiri dan menyandang gelaran bonda suatu masa nanti.
- Anakanda mohon keampunan kerana anakanda berdarah panas dan jarang berfikir panjang dan kadang-kala anakanda akan mengeluh apabila diminta menolong bonda di dapur tanpa memikirkan perasaan bonda.anakanda memohon keampunan daripada Allah yang Maha Esa untuk mengampunkan dosa anakanda selama anakanda hidup di dunia.
- Bonda, segala yang indah dalam hidup anakanda sekarang merupakan hasil keberkatan doa bonda dan bagaimana anakanda dapat membalaskan jasa bonda?
Thursday, April 29, 2010
Wednesday, April 28, 2010
Kau datang dan pergi...
Alhamdulillah ada keluarga dan kawan-kawan disampingku yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dan supaya aku tidak la sepi dan sendiri sampai kan ku benci perasaan ini.Aku sangat tidak suka akan perasaan ku yang boleh membuatkan ku lemah dan pemikiranku menjadi teramat berserabut.Kadang-kadang manusia ni bertopeng-topeng di luar oh nampak sungguh gembira =D akan tetapi hanya tuhan yang tahu apa yang ada dalam isi hati mereka :'(
Yang membuatku rasa pelik tetapi kejadian yang benar adalah orang yang suka mengejar orang yang tidak menghargainya sebagai individu.Tambahan pula kepada individu-individu yang bergelar kekasih.Apa gunanya kita terhegeh-hegeh kalau orang itu tidak tahu bagaimana untuk hargai semua itu.Lagi-lagi jikalau mereka merupakan pasangan kekasih.Bagi saya,cinta hanya layak diberi kepada orang yang pandai menghargainya.Kata-kata tidak memadai.Boleh buang dalam tong sampah je.Yang penting adalah perbuatan kita bukan kata-kata.Orang boleh memanipulasi kata-kata dengan begitu senang sahaja.
Namun, aku bukanlah manusia lemah yang senang untuk dimanipulasi. Kita harus sedar! Bangkitlah wahai orang-orang yang sedang berada di dalam dilema! Berfikirlah dengan penuh rasional dan janganlah kita menyakiti orang yang kita sayangi. Ada kalanya kita terpaksa melepaskan seseorang itu pergi demi kebaikan diri kita dan orang lain. Mana satu yang lebih baik? biarlah anda sendiri fikirkannya...
Thursday, April 22, 2010
persahabatan yang sempurna?
kawan ni bukan senang nak dicari bagi sesetengah orang dan ada sesetengah orang pulak yang senang betuuul die dpt kawan. (jeles betul dekat orang yang macam ni, ntah ilmu apa yang die guna) oh tidak, tiada sebarang ilmu yang digunakan untuk mencari kawan. senang atau susahnya mencari kawan terletak pada individu itu sendiri. biasanya kita tak sedar yang diri kita sendiri ni macam ada satu tarikan yang buatkan orang suka dan senang nak mendekati kita. tak kesahla sama ada kita ni cantik ke, pandai ke, pandai bodek orang ke, pemalu ke, hensem ke, pandai lukis ke, nerd ke,naughty-naughty sikit ke... mesti ada je tarikan pada diri kita yang buat orang lain tertarik untuk berkawan dengan kita.
ada orang suka lepak dengan satu dua kawan baik die je, ada orang suka lepak dengan ramai kawan, kirenye macam satu geng lahh... kamceng gitu. lain orang lain cara die berkawan. ada orang berpendapat bahawa jikalau tak ramai kawan tu macam 2-3 orang tu kirenye diorang ni macam rapattt giller la... macam air dicincang takkan putus gitu. gaduh-gaduh pun diorang masih bersama. ada pulak pendapat yang bercanggahan yang menyatakan bahawa kalau ramai kawan tu (macam segerombolan) kirenye diorang ni sangatt rapat jugak tapi bile dah ramai2 tu kann, ada-ada jelah masalah dalaman antara diorang. bile gaduh, ada macam puak-puak gitu (hu-ha-ha!) yang akhirnya mungkin akan menyebabkan perpecahan di antara diorang.
tapi! tak semestinya ramai kawan tu tak elok... dalam dunia nilah kan, setiap benda mesti ada yang baik dan buruknya. jadi, tepuk dada, tanyalah selera, lu pikirlaa sndiri (gaya cam nabil raja lawakla pulakk aii) jadi, tak kesahlaa berapa ramai pun kawan yang kita ada dan kita pandai menjaga perhubungan sesama sahabat-sahabat kita ni... nescaya persahabatn yang telah terjalin akan kekal sampai ke anak cucu. best tak? mstila beshh... (tipu kalau kata tak best)
dikala kebosanan melayari internet ni saya ada terserempaklah dengan petua-petua untuk menjalin tali ikatan persahabatan yang sempurna dekat laman sesawang mana entahla, dah tak ingat. ah, tak kesahla dari mana janji isi dia baikk punyaa. jadi mari kita intai tips-tips yang dah disediakan ni:
- pertama sekali carilah kawan yang ada persamaan dengan kita. tak kesahla sama dari segi apa. macam minat nasyid ke, minat indie, hip hop, fesyen, sukan ataupun gosip. tp ada jugak kawan yang datang dari pelbagai latar belakang tapi selalu bersama. haihh, manusia ni mmg susah nak diramal. kadang-kadang perbezaan tu yang merapatkan persahabatan.
- berbaik-baik sesama kawan. jaga hati kawan sebab kawan ni manusia jugak kan, bukannya makhluk dari planet musytari ke apa. manusia punya hati dan perasaan; kalau kita baik dengan dia, dia pun baiklah dengan kita. kalau kita jahat dengan dia, jahat jugaklah dia dengan kita. tapi, jaga-jaga dengan yang hanya baik di depan tapi bukak topeng sebenar bila di belakang.
- terima segala kekurangan atau kelebihan kawan kita. kalau kita seorang kawan yang sejati, tak kisahla kawan kita tu perangainya macamana sekalipun, terimalah dia dengan seadanya. tiada siapa yang dilahirkan sempurna di dunia ni. ada yang cemburu dengan kawan dari pelbagai segi; pelajaran, penampilan, daya tarikan... macam-macam lagilah! kalau kita kawan yang baik, pasti kita terima kelebihan kawan kita tu dan jadikannya sebagai kayu ukur untuk kita perbaiki diri sendiri.
- kawan yang baik semestinya kawan yang bersedia untuk mendengar pendapat kawannya tanpa memprotes secara terbru-buru tanpa usul periksa semasa berkongsi cerita, ilmu. kalau nak protes pun guna ayat dan ton suara yang betul supaya kawan tak tersinggung.
- berikan kawan kita sedikit ruang supaya dia 'bebas' bernafas kerana dia juga mempunyai kehidupan dan hala tujunya sendiri. kawan yang baik memahami keadaan sahabatnya dan tidak terlalu mengongkong.
- sentiasa bersikap jujur dangan kawan namun janganlah 'terlalu' jujur sehingga tidak menjaga hati dan perasan mereka. seelok-eloknya berterus-terang dengan kawan supaya segala masalah dapat diselesaikan dan tidak berlanjutan hanya kerana masing-masing tidak berani untuk meluahkan segala ketidakpuasan di hati.
- elak dari menjaja keburukan kawan pada orang lain. hubungan persahabatan sekaligus akan menjadi retak sekiranya kawan kita mengetahui bahawa kita yang menceritakan tentang keburukannya pada pihak ketiga. jagalah maruah diri anda dan rakan.
- INGAT, sahabat yang setia ialah sahabat yang sentiasa berada di sisi kita tidak kira di masa susah, senang, gembira, sedih, bahagia atau murung.
semoga tips-tips ini dapat membantu kita untuk mengenali dengan lebih rapat lagi kawan-kawan kita sekaligus dapat juga membantu kita mencantum kembali tali persahabatan kita yang kian putus.
Wednesday, April 21, 2010
Tuesday, April 20, 2010
cerita si kupukupu kepada karipapanas....
Monday, April 19, 2010
untitled

sudah lama daku menerima titah dari rani utk meng-naik-tarikhkan blog ini..kira2 2,3 hr yang lalu..bukan apa,malu utk daku mngaku yang beta sebenarnye mempunyai penyakit lupa ya..lupa kpd email serta kata laluan..malah daku sdang busy dgn shooting movieku baru2 ini,alice in wonderland..hrp kaum2 smua memahami ye..
Saturday, April 17, 2010
Ayo! :D
Semua orang pasti penah bersedih dan kecewa dengan seseorang yang bergelar kekasih tidakpun kekasih olok-olok ataupun kekasih berangan-angan dalam bahasa inggerisnya perkara tersebut bergelar 'crush'.Iya,semua orang pernah merasakannya sampai menangis keluar air mata berdarah.Tapi yang pentingnya si dia tidak akan kembali dan hanya akan menjadi ilusi dalam mimpi-mimpi kita semua.Oh,sungguh sadisnya hidup ni sampai kan kelibatnya pun kadang-kadang pun tak dapat bertemu.
Baiklah,sebenarnye baru-baru ni beta baru sahaja berjinak-jinak dengan artis korea ni.Ni pun semua sebab si cengkih dan kayu manis.Beta sudah terpengaruh dengan mereka-mereka ini dan tersuka satu lagu ini dari G-Dragon,Heartbreaker.Sedap tau lagu ni! :D Meh saya tranlate ckit.Hmm nak buat bahasa melayu ke bahasa Inggeris?oh okay xpelaa saya akan buat versi bahasa Inggeris nanti lagi satu post saya buat dalam bahasa melayu pula ya.Biasala wa x reti sangat nak cakap BI rasa pelik semacam dowwhhh.Haaa,tu dia lagu ni punya lirik.bahasa inggeris laa ye wa copy paste je dari google x larat nak translate-translate.Pening otak wa jadinya kalu nak translate berpusing-pusing kepala.Silap-Silap hari x pasal-pasal kepala tercabut :O WOAAAH!takut kan?sape nak gantikan beta jadi permaisuri raja yang penuh dengan sopan-santun ini?*secara tiba-tiba menukar gaya bahasa yang lebih lembut ckit dan tidak begitu kerek*
Dengarkanlaah lagu ini dahulu selepas itu beta bagi translation nye ;) okay nokkk!
Kepada yang tidak memahami bahasa korea ini dia translationnye ;)
A yo! finally! Is this what you’ve been waiting for?
brand new G.D! I’m all by my self, but it’s all good. you’re my heartbreaker
DJ and YG. Let me take this song here
I don’t fall behind, I’m still useful, I haven’t died yet
because of you, my body destroyed, my dream disappeared, my mind lost
for you i’d throw my entire body, to the place you’re at i’d run
but you said goodbye and goodbye
what was the reason why you didn’t like me? your confident expression, tell me everything, it makes me sad
but even if i say i like you and ask you for another chance, your back turned on me, i don’t like your cold look
no no
yo ma heart heart heart breaker i don’t know what i did wrong
yo ma heart heart heart breaker no way no way
though i said i’d leave you, i’m really going to leave, let’s see how you live by yourself
i’m sick of my love’s tragedy no way
everyday i ask the same thing, you say i changed, will you shut your hypocritical mouth?
say after knowing who i’m competing against. i’m now out of control, by myself continuously-
that moment that place goodbye and goodbye
what was the reason why you didn’t like me? your confident expression, tell me everything, it makes me sad
but even if i say i like you and ask you for another chance, your back turned on me, i hate your cold smile
no no
yo ma heart heart heart breaker i dno’t know what i did wrong
yo ma heart heart heart breaker
yo ma breaker no way no way
though i said i’d leave you, i’m really going to leave, let’s see how you live by yourself
i’m sick of my love’s tragedy no way
i’ll still still be there (despite your turned off phone)
i’ll still still be there (like the mailbox in front of my house)
i still love you (even if we’re strangers)
i will still be there
together forever, those words
are just temporarily sweet at that moment
why are you not affected, while i’m hurting so much
yo ma heart heart heart breaker i dno’t know what i did wrong
yo ma heart heart heart breaker
yo ma heart heart heart breaker breaker
h.e.a.r.t. breaker
Sedap kan lagu ni?Cengkih sangat suka lagu ni :PP Tidak mengapa nanti kita menari bersama sama ye kesembilan KARIPAPANAS ;))
Yang Maha Mulia,
RANI! :D
Hari yang Suram
Perkara yang paling penting saya ingin ketengahkan ini adalah saya merindui kamu semua Awan,Pelangi ,Alice,Memelt ,Cengkih ,Kayu Manis,Kentang dan Kupu-kupu.
Sesungguhnya hanya tuhan saja yang tahu betapa rindunya aku kepada kamu semua.Nak peluk ketat-ketat je apabila bertemu nanti :)
YANG MAHA MULIA,
RANI XD
Friday, April 9, 2010
tibanya kami di perhentian terakhir
pengembaraan mereka bersama akhirnya telah sampai ke penghujungnya.
akhirnya, keretapi yang dinaiki oleh mereka telah sampai ke destinasi masing-masing.
bagaimanakah perjalanan mereka seterusnya?
susah senang perjalanan mereka terletak pada diri masing-masing.
ayuh! berusahalah wahai ahli-ahli karipapanas!
percutian yang menggembirakan menanti anda semua! go go go! ole ole ole!
recap:
segala pahit getir telah kami lalui bersama...
ada masa kami merajuk, ada masa kami bergembira bersama.
ada masa kami menangis, ada masa kami bergelak sakan.
walau apapun cabaran yang mendatang,
setakat ini kami mampu menempuhinya bersama dengan fikiran yang positif
dan senyum lebar sampai ke pipi :D
sesungguhnya di sebalik segala ketidaksefahaman, ada hikmahnya.
sesungguhnya di sebalik segala usaha kami, ada ganjarannya apabila menyiapkan tugasan bersama.
namun, sangat sayu jika diimbas kembali bagaimana kami menempuhi segala rintangan sepanjang satu semester bersama.
tidak akan dilupakan sama sekali bagaimana kami sekeluarga bergembira bersama
walaupun kepenatan setelah seharian menghadap ilmu.
tidak lupa juga apabila kami bersama-sama berkongsi gosip panas di cafe.
setiap hari pasti ada saja perkara menarik yang berlaku pada setiap ahli karipapanas.
iya, sesungguhnya inilah kehidupan sebenar joyah di cafe karipapanas!
tidak kira siang atau malam, kami pasti ada cerita panas yang akan dikongsi bersama.
inilah kehebatan hidup membujang!
tidak ada sesiapa yang boleh menghalang kita daripada melakukan sesuatu perkara
dan apabila membujang, kita bebas menyukai sesiapa sahaja yang kita mahu,
dan tiada siapa yang boleh memarahi kita apabila kita menyukai lebih daripada satu.
oopsie, ada juga seorang ahli karipapanas yang telah mengakhiri zaman bujangnya...
namun, ia bukan penghalang untuk kami terus bersama.
di sini, tidak salah untuk diingatkan bahawa pelajaran itu sememangnya penting.
namun, sekali sekala apa salahnya jika kita bergembira menikmati zaman remaja.
bergembira pun, berpada-padalah juga.
ibadat wajib kepada yang Maha Esa tidak harus dilupakan.
bersempena dengan semester baru ini, ayuhla kita bina azam yang baru!
bina pemikiran yang baru dan berinovatif!
bina hubungan baik sesama kita!
demi mencapai kebahagiaan yang abadi.... (huh?)
Sunday, March 14, 2010
akhirnya..
Teringat pula pada teletubbies dan kata-kata yang direka khas ketika sekolah rendah; 'Michael Jackson Kena Halau Balik India Utara'... Masih terpinga-pinga? haha.
Pemandangan yang indah itu tidak lain tidak bukan adalah PELANGI!!
Pertama kali kelihatan di dalam universitas ini selepas hujan panas seketika tadi. Ia timbul di antara pemain bola sepak di hostel jiran. Mereka bak bermain disinari cahaya kegembiraan.
Pelangi ini telah merubah hari Cengkih dan Pelangi menjadi Pelangi jugee.
Akhir kalam,
'Di mana ada hujan panas, di situlah ada pelangi..'
Saturday, March 13, 2010
sayang~
ada yg definisikn sayang sbg tanda kasihan atau simpati pd seseorang,
ada juga yg definisikn sayang sbg suatu perasaan yg dia sgt suka pada seseorg itu.
namun, gaya pengucapan 'sayang' itu sndiri mempunyai plbagai rahsia di sebaliknya.
ada yg sebut 'sayang' dgn nada yg manja, mengada, gembira atau penuh simpati.
bergantung pd individu itu tersendiri bagaimana dia mengucapkan 'sayang' itu.
alkisahnya bermula pada hari sabtu yang lebih hangat drp biasa,
lebih-lebih lagi di waktu tghri,
sewaktu si memelt dan kayu manis bergegas menuju ke stesen bas utk pulang ke rumah masing-masing....
smbil menunggu bas yang entah bila akan smpai,
memelt dan kayu manis didatangi oleh seorg makcik penjual.
dr jauh lagi memelt dan kayu manis telah nmpk makcik itu. mereka cuma sgt berharap agar makcik itu tidak menuju ke arah mereka
kerana dgn kepanasan matahari dan perasaan ingin cpt pulang ke rumah, mereka tidak mempunyai sebarang 'mood' utk melayan si mak cik penjual itu.
namun, apakan daya, harapan mereka tidak kesampaian apabila makcik tersebut dgn tidak malunya mempersilakn dirinya sndiri utk duduk di tengah2; antara memelt dan kayu manis.
makcik itupun mulalah mempromosi barang yg dijualnya kpd mereka berdua.
smbil makcik itu pokpek-pokpek bercakap, si kayu manis menegur kwnnya yg baru shj smpai di stesen bas tersebut.
tanpa menghiraukn makcik tersebut, si kayu manis berborak dgn rakannya itu. si memelt pula hanya mengangguk kepala setiap kali makcik tersebut mengajukan soalan kepadanya.
apabila makcik tersebut dpt merasakan bahawa dia tidak diendahkan oleh memelt dan kayu manis, dia pun meminta izin utk beredar menuju ke sasarannya yg seterusnya.
kasihan pula mereka melihat makcik itu tidak diendahkan sebegitu rupa.
apakan daya, begitulah pahit manis bekerja sbg jurujual di tepi jalan....
tidak jauh dr stesen bas di mana memelt dan kayu manis sedang menunggu,
kelihatan fahri, puyu, buyut serta seorang lagi kawan buyut yg tidak dikenali...
mereka juga sedang menuggu bas rupa-rupanya. almaklumlah, cuaca panas sebegini, siapa yg tidak teringin utk keluar berjalan ke tempat yg udaranya lebih nyaman dan sejuk?
memelt terus berbisik pada kayu manis, 'itu fahri bukan?'
kayu manis hanya mengangguk tanda setuju.
jauh di sudut hati memelt dan kayu manis, ingin sahaja mereka menelefon atau meng-sms si cengkih mengenai berita tergempar ini.
namun apakan daya, telefon bimbit si cengkih pada waktu itu sedang mengalami kerosakan teknikal.
sambil memelt dan kayu manis 'berpura-pura' tidak memandang ke arah fahri dan puyu,
mereka agak hairan mengapa si fahri dan puyu seperti tidak boleh duduk diam sambil menunggu ketibaan bas sedangkan
si rakan buyut yang seorang lg elok sahaja duduk di sebelah memelt.
buyut pula bagai tidak sudi duduk di sebelah memelt
walhal memelt dan kayu manis sudah memberi tempat yg agak luas utk si buyut itu duduki.
apa-apa sajalah, biarkan mereka dgn ego mereka itu!
si fahri dan puyu pula membuat keputusan utk menaiki teksi drp terus menunggu bas yg entah bila akan sampai.
lantas, si puyu mengajak fahri menaiki teksi yg berdekatan, meninggalkan buyut dan rakannya.
memelt dan kayu manis pula bagai tidak percaya tatkala mereka terdengar si puyu memanggil fahri dgn panggilan 'sayang~'
biji mata memelt dan kayu manis bagai ingin tercabut dari soketnya saat perkataan 'sayang' itu diucapkan di bibir puyu.
adakah dia benar-benar bermaksud utk memanggil fahri sayang?
atau adakah ia hanya sebuah ekspresi bersahaja yang terkeluar dari mulut puyu?
walaubagaimanapun, smpai hati si puyu meninggalkan rakannya yg lain demi berdua-duaan bersama fahri di dalam teksi.
tambang teksi semestinya mahal jika dibandingkan dgn tmbg bas.
sudah pasti si fahri yg perlu membayar tmbg teksi yg mencekik darah itu.
tidak salahkn jika mereka bertanya pada si memelt dan kayu manis jika mereka ingin tumpang sekali menaiki teksi yang sama?
sekurang-kurangnya dptlah si fahri berjimat sedikit daripada membayar tambang teksi seorg diri...
memelt dan kayu manis hanya mampu termenung memandang fahri dan puyu beredar menaiki teksi sedangkan niat di hati ingin tumpang sekali...
namun, satu persoalan masih berlegar-legar di fikiran memelt dan kayu manis sebaik sahaja mereka tidak kelihatan dari pandangan.
adakah benar merka terdengar si puyu memanggil fahri 'sayang'?
ah, biarkan saja si fahri dan puyu itu!
siapalah kami untuk mentafsir hubungan di antara mereka...

