Alkisah, maka bermulalah kisah hikayat yang disebutkan di atas. bermulanya dengan membahagikan kumpulan untuk membuat kerja-kerja kursus. Ada tiga orang yang masih segar dalam Taman Ilmu itu telahpun bergabung yakni Si Kurus, Si Kecil, dan Si Tembam. Hubungan mereka bertiga baik-baik sahaja. kedengaran pula arahan dari Pak Kiyai yang sangat gantang itu yang mengatakan perlu ada gabungan lima atau enam orang. Maka pencarian diteruskan.
Di suatu pagi yang indah lagi subur, dua sekawan yang jalan agak angkuh lalu di tepi barisan kerusi tiga sekawan yang segar itu. Adapun ketulusan dan keikhlasan hati Si Kurus, lalu menanyakan pada mereka jikalau mahu bergabung bersama. Maka, ianya dipersetujui dan bergabunglah mereka berlima. Namun gabungan yang dulunya indah sahaja, tak lagi rasa kemanisannya sejak kedatangan dua ahli yang agak matang itu. Tetapi tetap ditabahkan oleh mereka kerana menganggap mereka berdua itu lebih lama dan lagi matang dalam hal-hal sebegini.
Maka, dalam hampir masa untuk tamat tempohnya, si matangS menayakan pada yang segarS bahawa seorang sahabat mereka ingin bergabung sekali dengan mereka yang mana akan menjadikan enam orang semuanya. Jumlahnya agak besar, mungkin ia satu petanda baik untuk lebih cepat menyelesaikan semuanya. Namun andaiannya hampa. Pelbagai janji yang dibuat oleh si matangS dimungkiri. Si segarS sering terasa termasuk salah satu kata-katanya yang mana ditujukan khas dan teristimewa sekali buat si segarS iaitu 'janganlah gelabah sangat'. Terlamapu banyak onak duri yang dihadapi segarS dan dinikmati oleh si matangS. Dalam matangS itu juga ada krisisnya yang segarS pun tak pernah paham. Yakni hal berkaitan teman lelap mereka iaitu hanim. Tak pernah pun merasa berdiskusi dengannya. Hinggakan ke akhir hari diskusi mereka, di mana bahagiannya yang paling banyak salah tetapi dia berikan alasan bahawa die sakit. Tuhan sahaja yang dapat menilai segala tipu helah atau magika atau dalang di sebalik batu/udang atau apa-apa saja. Semoga mereka dapat bergraduasi dengan memperolehi keputusan yang terbaik. Untuk segarS pula, mungkin telah lama terasa kesakitan dalam hati, tetapi, mungkin dapat menjadikan pengajaran buat mereka agar tidak berkelakuan begitu kelak dan akan memilih orang yang terbaik untuk apa-apa kerja mendatang.
Kisah ini telah diubahsuai untuk tayangan umum. Setiap karakter juga telah diubah dan tidak berkaitan dengan mana-mana yang telahpun meninggal dunia. InsyaAllah.
woww! dhsyt sungguh si hanim tu!
ReplyDeletepapepun, ini mmg satu hikayat yg bagus utk teladan sekalian karipapanas
-kayu manis-