Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu

sempena anakanda mencecah angka 20.......


  • Anakanda ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua insan yang pernah merasai kebahagiaan sebagai seorang ibu.

  • Bonda merupakan anugerah Allah sebagai penyambung kasih sayang selepas ayahanda dalam keluarga kita,oleh itu bonda yang ku sayangi merupakan contoh terbaik kepada anakanda sekiranya anakanda mempunyai keluarga sendiri dan menyandang gelaran bonda suatu masa nanti.

  • Anakanda mohon keampunan kerana anakanda berdarah panas dan jarang berfikir panjang dan kadang-kala anakanda akan mengeluh apabila diminta menolong bonda di dapur tanpa memikirkan perasaan bonda.anakanda memohon keampunan daripada Allah yang Maha Esa untuk mengampunkan dosa anakanda selama anakanda hidup di dunia.

  • Bonda, segala yang indah dalam hidup anakanda sekarang merupakan hasil keberkatan doa bonda dan bagaimana anakanda dapat membalaskan jasa bonda?

No comments:

Post a Comment