Dikala ku termenung bersendirian di dapur,
terkenang rakan-rakan karipapanasku di sana...
adakah kamu semua sedang bergumbira? bersedih? atau sedang runsing?
Hati ini sedang meronta-ronta ingin bertemu kalian
Namun badan ini seolah-olah tidak mampu untuk bergerak mengikut keinginan hati...
Aku tidak punya banyak uwang untuk bertemu kalian yang berada jauh nun di sana
Ingin sekali ku bertemu karipapanas sekalian untuk bertanya khabar,
Untuk menenangkan hati kalian yang sedang berdukacita atau runsing.
Adakah kalian sihat-sihat di sana?
Aku hanya mampu berharap bahawa kalian semua sedang menikmati hari-hari kalian dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Kupu-kupu, adakah kamu sedang berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi kupu-kupu yang berlesen?
Memelt, adakah kamu baik-baik saja di tempat orang mencari rezeki?
Pelangi, adakah kamu sentiasa ceria menerangi langit setelah hujan?
Cengkih, sudahkah kamu bertekad dengan pilihanmu?
Alice, sudahkah kamu memulakan pengembaraanmu di dunia fantasi?
Awan, adakah kamu baik-baik aja di samping keluargamu?
Rani, adakah kamu sedang runsing dan tidak tahu mana satu pilihan hati?
Kentang, sudahkah kamu membersihkan dirimu untuk dimasak kari?
Aduh, ingin sekaliku bertemu kalian semua supaya hari-hari biasa ku tidak diselubungi dengan persoalan-persoalan tentang karipapanas.
Tatkala karipap yang panas memasuki ruang kerongkongku, rinduku terhadap kalian semua adalah serba-sedikit berkurangan. Ditambah lagi dengan kopi panas cap burung kakak tua keluaran orang kampung. Ahh~ cukup kaww sekali!
omg. tergamam keranan amat terharu dengan sajakmu ini kayumanis!!
ReplyDeletesuke suke!!
terimakasih. teruskan menyokong sajak2ku di masa akn datang. hehe
ReplyDelete-kayumanis-
waduh x sabar mau beli koleksimu ituu!!
ReplyDeletehaha. lupa nak letak nama kat comment atas!!
.pelangi.
haha, tunggulah nnt akan datang. koleksi2 terbaik dari kayumanis. tak mengapa pelangi, sudah ku agak itu kamu. ke ke ke
ReplyDelete