Saturday, October 30, 2010

saat genting

Buat masa ini sahabat-sahabat karipapanas pasti sedang berhadapan dengan perasaan yang bercampur-baur.
Tension, Stress, Sedih, Gembira, Gila-Gila, Keliru, Nervous...
Saya pasti sahabat-sahabat sedang berhadapan dengan pelbagai emosi buat masa ini.
Saya sendiri menghadapi masalah yang sama.

Sewaktu kita sepatutnya rasa sedih, kita gembira.
Sewaktu kita sepatutnya berterus-terang, kita jadikannya rahsia.
Sewaktu kita sepatutnya berterima kasih, kita anggap ia tidak penting.
Sewaktu kita sepatutnya bertanya, kita segan tak bertempat.
Sewaktu kita sepatutnya ketawa, kita menangis.
Sewaktu kita sepatutnya meminta maaf, kita buat-buat seperti tidak tahu.

Apapun, kita harus fokus buat masa ini.
Ketepikan semua perkara yang boleh mengalih perhatian kita dari
misi utama kita berada di tempat kita sekarang ini.

Inilah masanya untuk kita membuktikan kemampuan masing-masing.
Tiada siapa yang lebih atau kurang
Yang membezakan kita ialah cara kita berhadapan dengan sesuatu perkara.

Saya berharap agar sahabat-sahabat sekalian tidak tunduk pada cabaran,
malah bersedia untuk berhadapan dengan cabaran,
Seperti sedang bersiap sedia bertempur di medan perang.
Hanya pen dan kertas menjadi peneman kita ke medan perang.
Berusahalah!

Semoga segala pahit getir yang kita lalui sepanjang beberapa bulan ini
akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan

hanya sebuah coretan untuk direnungi bersama.
yang benar, kayu manis.

2 comments:

  1. wah wah.
    sangat dalam maknanya.
    kalau di social networking 'mukabuku' ada 'i like', I LIKE this one jugee ;D

    ReplyDelete
  2. saya pun akan like juga.double like.

    ReplyDelete