Monday, January 10, 2011

sibuk goreng karipap

oleh kerana terlalu sibuk menggoreng karipap yang panas,
terlupa pula untuk bergosip.

macam-macam perkara sudah berlaku.
kami simpan duit,
kami gelak ketawa,
kami sedih bersama dan
kami...
rindu akan kisah lalu.

sambil sibuk goreng karipap,
teringat saat pertama pertemuan kita bersama.
teringat saat pergaduhan kita bersama.
teringat juga saat gembira kita bersama.
semua ini bisa buat aku tersenyum sendirian
tatkala aku sedang menggoreng karipap.

dulu kita happy-happy macam budak sekolah rendah
sekarang kita serius-serius macam dah ada 5orang anak.
tapi masih gila-gila macam kera dapat bunga.

selesai goreng,
separuh karipap kat pinggan kaca
separuh lagi kat pinggan seramik.

yang di pinggan kaca dihidang bersama air teh tarik yang manis
yang di pinggan seramik dihidang bersama air kopi yang pahit.
mana satu pilihan hati; yang pahit atau yang manis?

No comments:

Post a Comment