aku ada terdengar desas-desus mengatakan bahawa orang yang tidak sepatutnya tahu telah tahu mengenai kewujudan karipapanas ini. aku tidak kisah jikalau orang itu tidak kukenali. tetapi apa yang aku kisah ialah disebabkan orang yang tahu mengenai karipapanas ini ialah orang yang kami semua kenali. pasti ada yang berfikiran bahawa, 'kalau tak nak orang tahu habis tu kenapa buat blog?'. tapi aku yakin bahawa jika kita tahu siapakah orangnya, pasti kita akan berasa kekok untuk berhadapan dengannya.
aku tidak kisah jika ada orang yang rapat dengan kami mengetahui tentang kewujudan karipapanas tetapi, kalau boleh, sila rahsiakan identiti orang-orang itu. aku sekeras-kerasnya tidak mahu tahu tentangnya.
No comments:
Post a Comment