Tuesday, January 26, 2010

Alkisah sembilan bersaudara..

Alkisahnya, bermulalah kisah kami bersembilan. Di suatu hari yang penuh indah, kesembilan KARIPAPANAS bersama-sama dalam bilik yang tak berapa besar, tak pula kecil. Hari ini kelihatan suram sahaja. Awan membentangi langit, Pelangi tak pula keluar. Jauh di dasaran bumi pula ternampak Alice sedang berjalan dengan riang menuju ke arah Duli Yang Teramat Mulia Rani. Rani mengarahkan Dayang tercantiknya, Memelt untuk memasak satu hidangan yang besertakan Cengkih dan Kayu Manis. Dayang Memelt rasa ragu kerana Kentang kehabisan pula di dapur. Tiba-tiba Kupu-kupu datang dan telah mewarnai hidup karipapanas semuanya. Awan, Pelangi, Cengkih, Kayu Manis, Memelt, Rani, Kupu-kupu, Kentang dan Alice pun keluar menyanyikan lagu 'BASIKAL TUA' versi rock sambil menari.

1 comment: