Salam Eid-Mubarak
Tarikh : 4 September 2011
Hari : Sunday
Waktu : 1.38 am
Coretan 8
Rasanya, masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan karipap ku di luar sana. Afterall, Malaysia beraya kan sebulan.
Ramadhan telah berlalu meniggalkan kita beberapa hari yang lepas. Perginya ramadhan menandakan berakhirnya bulan yang penuh barakah, bulan yang dirahmati Allah S.W.T. Mari kita cuba renungkan kembali tentang amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan ini. Adakah kita cuba mengawal nafsu kita? Adakah kita cuba mengawal perasaan amarah kita? Adakah kita melakukan ibadat yang secukupnya? Adakah kita menghalang diri kita dari melakukan maksiat mata, telinga, lidah, etc? Atau adakah kita tergolong dalam orang-orang yang rugi kerna tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan secara percuma ini? Menurut Imam al-Ghazali r.a., puasa terbahagi kepada 3 peringkat,i.e.,
a) orang yang berpuasa awam iaitu hanya menahan lapar dan dahaga
b) orang yang berpuasa tetapi tangan, kaki dan mulutnya, etc masih melakukan maksiat/dosa
c) orang yang berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, berpuasa dari maksiat mata, telinga, menutup aurat, etc.
Tidak perlulah kita berbicara perihal nafsu, maksiat, etc kerna panjang diskusinya. Aku pasti rakan-rakanku mempunyai ilmu mengenainya. Bulan ramadhan mempunyai satu malam yang di mana amal ibadatnya menyerupai amal selama seribu bulan. Apakah yang kita lakukan untuk mendapatkan kenikmatan malam istimewa ini? Menurut Datin Aminah, antara orang yang menghidupkan malam Lailatulqadar adalah orang yang sembahyang isya' berjemaah dan berazam untuk sembahyang subuh berjemaah. Harapnya, semua dari kita dapat merasai malam tersebut.
Bulan ramadhan merupakan bulan dimana kita berjuang melawan segala godaan yang mendatang. Bulan syawal pula merupakan bulan kemenangan selepas sebulan berjuang. Di masa kita bersuka ria menyambut kemenangan, jangan pula kita lupakan amalan kita selama sebulan itu. Jangan pula kita lupakan pada mereka yang serba kekurangan. Sambutan itu biarlah berpada-pada mengikut syariat Islam. Jika kita menimbang-tara amal ibadat kita, dan jika kita rasa kita berjaya mengawal godaan syaitan, makanya kita sudah menang di dalam perjuangan kita dan cubalah kita renungkan di mana kedudukan puasa kita mengikut peringkat Imam al-Ghazali. Jangan pula kemenangan itu dicemari sesuatu yang tidak elok. Marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah.
Edit 6: Harus diingat yang syaitan diikat itu hanyalah syaitan-syaitan gangster. Anak-anak syaitan tidak diikat.
Finish.
No comments:
Post a Comment