Tuesday, November 30, 2010

aku KOPI

hanya secawan kopi.
iya, itulah aku.
sentiasa menjadi teman setia kepada makhluk yang bernama manusia.
aku sangat sedap. tak faham kenapa ada yang tidak sukakan aku.
boleh diminum begitu sahaja, dicampur bersama susu
atau mengikut citarasa sendiri.

golongan yang bernama 'ayah' sentiasa menjadikan aku sebagai teman setia mereka.
di kala mereka sedang membaca, berborak dengan rakan-rakan ataupun sebaik sahaja baru pulang dari kerja,
aku sentiasa ada di sisi.

golongan yang bernama 'pelajar' juga amat sukakan aku.
aku kurang pasti kenapa tapi aku amat diperlukan oleh mereka pada saat-saat genting sahaja,
iaitu sewaktu mereka ingin menelaah atau siapkan kerja sehingga lewat malam.
bagiku, tindakan seperti itu agak kurang wajar kerana mereka mempergunakan aku dengan cara yang salah.
namun, tidak mengapalah.
demi golongan manusia, aku sanggup mempertaruhkan maruahku.

yang membingungkan aku,
ada juga golongan yang kurang suka sama aku;
kanak-kanak, pesakit diabetes, migrain dan pelbagai lagi.
mungkin ada sebab mereka menjauhkan diri dari aku.
mungkin aku tidak se-hensem si karipap.
badan golden-brown, rambut berpintal-pintal, sentiasa hot pabila keluar dari kuali...
cis.

karipap...
sejak dulu lagi engkau wujud bersamaku.
aku bukan jeles sama engkau.
cuma aku kesiankan kau.
engkau kurang popular berbanding aku.
manusia lebih suka makan engkau hanya jika aku ada di sisi.
akulah pelengkap engkau wahai karipap.
HA.HA.HA

1 comment:

  1. kopi..ak bukan tidak sukakan ko....tp,bau bdn mu....ak.....ak.....loya.......morning sicknesssssssssssss....

    ~ alice ~

    ReplyDelete