Monday, November 22, 2010

pergaduhan membawa maksud mengenali seseorang dngn lebih baik,
tidak perlu drama,tidak perlu perasaan benci....tapi, bila pergaduhan itu menimbulkan perasaan benci.BERHENTI seketika kawanku....ingat segala memori bersamanya. masih perlukah kamu menaruh dendam dan perasaan? ingatlah,sebagai manusia kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan.

seandainya kawanmu berat untuk memaafkanmu,maafkanlah dia.
seandainya terkasar bahasa daripadanya,maafkanlah dia.
seandainya kamu berdua makin berjauhan,maafkanlah dia....mungkin dia juga sering memikirkan tentangmu,cuma mungkin dia sendiri mengalami masalah yg tersendiri....

entahla,mungkin lebih baik seandainya manusia dihidupkan untuk bersendirian.adakah semuanya akan menjadi lebih baik?

perkenalan membawa erti kamu membenarkan seseorang untuk mewarnakan hidup kamu dengan warnanya yg tersendiri dan caranya yg tersendiri.....seandainya difikirkan,kamu yg membenarkan dia untuk masuk ke dalam hidupmu. kamu sendiri yg membuat pilihan itu dan bukan org lain.....

oleh itu,segala yg berlaku harus kamu pupuk supaya menjadi lebih baik.bukalah mata mu kawanku,ingatlah segala memori indah kamu...
yg menulis tidaklah yang terbaik sekadar ingin mengingati bahawa setiap satu daripada kamu membawa erti yg indah dan tidak kurang daripada itu...terima kasih kerana sudi menjadi kawanku......sayang semua

p/s:maaf sekiranya hati kawanku terguris ketika membaca


kupukupu

No comments:

Post a Comment