apabila aku gembira, tidak pula aku ingat untuk menulis dan mencatat setiap detik yang telah membuat aku menjadi gembira itu.
namun apabila fikiran ini dibelenggu dengan pelbagai masalah dan tanda tanya, mulalah jari jemari, mulut dan otakku menjadi aktif untuk bergerak.
setiap isi ingin dibentangkan dengan begitu teliti sekali.
mencari dan memikirkan jalan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini.
tidak kisahlah sama ada manusia atau buku atau blog yang menjadi mangsa luahan hati ini.
aku cuma ingin meluahkan, bukan memudaratkan diri ini dengan bebanan rahsia.
rahsia.
rahsia bisa membuat aku gembira, sedih dan keliru.
kadang kala aku rasa rahsia patut disimpan sampai mati
tetapi pernah juga wujud di benak hati ini untuk meluahkan segala rahsia ini untuk dikongsi bersama.
beban rahsia mampu membuat jiwa ini menjadi gila.
patutkah aku luahkan atau simpan sampai mati?
mati.
bagi sesetengah orang ia merupakan satu isu yang sangat sensitif
tapi, ada yang menganggap ia satu bahan lawak.
Ah, tak kisahlah.
yang penting aku jarang menggunakan perkataan ini.
Tengok, kan betul apa yang aku tulis?
Kalau kita tak emo, memang tak best.
Kena cari mood emo tu.
Geledah cepat almari baju, majalah-majalah sekolah, gambar-gambar lama,
Baru boleh tulis jiwang-jiwang beb. Kasi tangkap lelleehhh punnyaa...
Inspirasi aku untuk tulis post pada kali ini adalah berlandaskan apa yang telah aku lalui sepanjang hari ini. Aku rasa aku tak cukup emo untuk sambung karya aku yang tak seberapa ini. Nampaknya aku kena berusaha dengan lebih gigih lagi.
Ayuh, Ayuh, EMO, DATANGLAH KEPADAKUUU!!
No comments:
Post a Comment