Tuesday, August 16, 2011

Antara Aku dan Kata-kata

Greetings my dearest karipapanas.

Tarikh : 16 August 2011
Hari : Tuesday
Waktu : 4.57 pm

Coretan 2

Aku dan kata-kata tidak pernah berada di halaman yang sama,
Aku bukanlah seorang yang bijak untuk berkata-kata,
Aku juga tidak cukup pintar untuk mengungkai kata-kata,
Aku bukanlah Promoedya Ananta Toer mahupun Orhan Pamuk yang bijak menyusun kata menjadi sebuah cerita,
Aku juga bukan A. Samad Said yang petah berkata-kata dalam bentuk syair dan sajak,
Aku juga bukan seperti Audrey Hepburn yang kata-katanya menjadi ikutan ramai,
Tidak juga aku seperti Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad atau Barrack Obama yang kata-kata mereka mampu mengubah ideologi seseorang.

Aku juga tidak betah memegang pena untuk berkarya dan melukis seperti Zunar,
Aku juga tidak mampu untuk berkata-kata manis bak William Shakespear,
Tidak juga aku mampu menjaga hati insan lain dengan kata-kata ku,
Kerna aku adalah aku.
Aku hanyalah seorang manusia kerdil yang suka berkata-kata,
Yang lebih gemar berkata-kata secara telus dan terang,
Yang tidak suka berbunga-bunga pabila berkata,
Kerna aku adalah aku.

Aku dan kata-kataku banyak menggores hati mereka,
Kerna aku tidak bisa memahami mereka,
Kerna aku tidak bijak menyusun bicaraku,
Kerna aku tidak berfikir sebelum berkata-kata,
Kerna aku fikir berterus-terang itu lebih baik dari menipu,
Kerna aku sangka mereka boleh menerimanya.

Itu adalah aku yang dulu,
Yang telah kutinggalkan sejak 2008 secara beransur-ansur,
Aku kini lebih gemar berdiam diri dan bergelak ketawa,
Yang akan cuba untuk berfikir dulu sebelum berbicara,
Yang lebih gemar menyakat dan berbicara kosong agar hati mereka tidak tergores,
Yang lebih banyakkan gelak berbanding kata-kata,
Tapi kenapa hati mereka masih tergores?
Mungkin aku patut terus-terusan berdiam diri.
Mungkin.

Diam aku juga disalah tafsir oleh mereka.
Aku keliru.
Keliru untuk terus berkata-kata ataupun berdiam diri.
Maafkan aku kerna membuat kalian tergores.



I've read it line by line,
Word by word.
I understand.
I've seen their faces,
And I think I know what and how they feel,
And I think I know what they think and say,
I get it and understand it very well.
I might be wrong.
I hope.

*Buat pertama kalinya aku sembahyang di atas kerusi, it felt weird because im still young.

Yours Truly,
Aku.


No comments:

Post a Comment