Friday, August 26, 2011

Masalah

Salam.

Tarikh: 27 August 2011
Hari: Saturday
Waktu: 12.07 pm

Coretan 7

Masalah, masalah dan masalah. Satu perkataan yang agak digeruni ramai apabila mendengarnya.
' Weh, aku ada masalah duit la. Pinjam duit ko sikit boleh tak?'
' Duit? Aku pun takda duit.' *sebenarnya ada*.

Itu hanyalah satu contoh yang boleh saya fikirkan ketika ini. Semua manusia di bumi ini tidak dapat lari daripada mempunyai masalah. Boleh jadi satu, dua, tiga, atau juga berpuluh masalah yang mereka ada. Semakin dewasa tubuh badan dan pemikiran seseorang itu, semakin banyak masalah yang dia miliki. Masalah juga terdiri daripada pelbagai jenis bentuk: i.e, masalah kewangan, keluarga, kekasih, kawan-kawan, emosi, pemakanan, kesihatan dan pelbagai lagi.

Saya percaya, kita pasti mempunyai kenalan yang ada masalah. Kita sendiri pasti mempunyai masalah. Tetapi, persoalannya di sini ialah, bagaimana kita menangani masalah kenalan kita itu? Adakah dengan cara mendengar luahan isi hati mereka, atau memberi nasihat kepada si empunya masalah atau juga dengan cara tidak melakukan apa-apa? Just let them be and I'll watch from afar.

Sebagai seorang psychologist, ibu saya berkata, seseorang itu tidak harus dan tidak boleh terus membuat konklusi di atas permasalahan orang lain. Sebagai contoh, ' ala, dia tu takda duit sebab dia suka membazir. Biaq pi dia ah. Sendiri buat sendiri tanggung daa..' atau ' dia memang suka larikan diri bila ada masalah.biar je la dia. aku pun penat jugak.' Inilah adalah satu sikap yang sangat tidak bagus untuk dipraktikkan. Sebelum membuat sebarang andaian mahupun spekulasi, kita harus menyelami masalah si dia, personaliti serta karakter si dia. Kenapa orang lain boleh lakukannya bila kita ada masalah, kenapa kita tidak boleh lakukannya bila orang lain ada masalah? Jikalau kita yang berada dalam situasi sedemikian, apakah kita suka jika mendengar kata-kata seperti di atas? Pastinya tidak. Apa gunanya gelaran sebagai seorang rakan, teman rapat, kekasih, atau ahli keluarga jika itulah sikapnya bila berhadapan dengan kenalan yang mempunyai masalah.

Sering juga terjadi situasi di mana orang yang bermasalah itu sering melarikan diri apabila mempunyai masalah. Benar, melarikan diri itu tidak menyelesaikan masalah. Semakin jauh kita lari, semakin besar bulatan masalah itu. Kemana sahaja kita berlari, masalah itu akan senantiasa mengekori kita. Ia akan menjadi bayang- bayang hitam kita. Mungkin bagi sesiapa sahaja yang mempunyai masalah, mungkin mereka fikir melarikan diri merupakan satu-satunya solusi yang mereka ada kerna mungkin mereka malu, atau tidak tahu bagaimana untuk meminta pertolongan, etc..Setiap orang mempunyai cara mereka sendiri menangani masalah. Ada orang melarikan diri, ada juga yang membunuh diri, ada yang menulis diari dan bermacam lagi. Tetapi, adakah kita pernah cuba walaupun sekali untuk mendalami masalah mereka? Adakah kita pernah cuba memahami situasi dan masalah mereka? Atau adakah mungkin kita rasa kita faham tetapi sebernanya, kita tidak faham? Try to put yourself in their shoes, and feel what they feel.

Lain orang, lain perangai. Lain orang, lain caranya. Bukan semua orang tahu dan reti untuk mengadu-domba masalah mereka kepada orang lain. Bukan semua orang suka melarikan diri. Bukan semua orang mahu rasa sakit sendirian. Bukan semua orang kuat. Bukan semua orang macam kita, yang mempunyai seseorang untuk mengadu, susah senang bersama. Tidak. Masih ada lagi yang bersendirian di luar sana, berkelana seorang diri menjalani ranjau kehidupan. Ibu saya selalu berkata, cuba ambil sejenak dari masa awak, dan cuba selami diri mereka yang bermasalah. Cuba letakkan diri awak di tempat mereka, di situasi mereka, cuba fahamkan masalah mereka, only then you are allowed to make any assumptions you want. Jangan kata awak penat dengan masalah orang lain sebab orang lain pun penat dengan masalah awak. Jangan biarkan mereka bersendirian sebab itu memburukkan lagi keadaan. Jangan hanya tengok dari tepi dan tidak melakukan apa-apa sebab itu tidak mendatangkan sebarang penyelesaian. Jangan hanya fikirkan perasaan diri sendiri, fikirkan juga perasaan orang yang menanggung masalah itu sebab mereka lagi sakit. Dan juga jangan sekali-kali expect orang yang mempunyai masalah itu tahu apa yang kita fikirkan tentang mereka kalau kita sendiri tidak pernah memberitahu. They are certainly not a mind reader. And don't ever mengumpat, mengutuk, bergossip, cakap itu dan ini perihal masalah dan situasi orang lain kalau kita sendiri tidak pernah mengalaminya dan tidak pernah memahaminya. Ini adalah nasihat ibuku sedari kami kecil lagi. I applied it, and I admit that sometimes I do the opposite of these. But then again, I applied it. This is me. Bagaimana dengan kalian di luar sana? Adakah kalian pernah mengharungi sangat getir, pahit dan manis memahami masalah dan situasi orang lain? Bagaimana kalian menyelesaikannya? Fikirkan-fikirkan dan renungkan.

* Revenge. Sweet like a candy. For those who wish to be hated.


No comments:

Post a Comment