Wednesday, November 3, 2010

buat mu

Bilamana mulut terkunci seribu bahasa

Kata-kata yang tersusun kini menjadi harta karun yang berdebu

Sepi tanpa kata, aku kaku di kanan dan kiri

Takut untuk menoleh, kerana takut akan kehilangan mu

Aku berjalan menuju kisah yang gembira

Bergelak ketawa dengan penuh asyik

Berkongsi kisah suka dan suka

Aku berhenti di satu tempat yang hampir memisahkan kita

Hari semakin gelap, namun ku gagahi juga

Tiada pilihan yang perlu di buat, aku masih lagi milik kamu

Kita masih saling memerlukan, kan?

Kerana aku rindu akan kisah suka lalu

Aku rindu muka nya, tawa nya, kata-kata nya

Aku rindu KAMU…

Maafkan aku kerana di hanyut pergi dengan rasa itu

Mungkin kisah yang lepas ini memberi seribu erti

Bahawa,

Masa semakin jauh meninggalkan kita dan,

Usia yang tidak semakin remaja

Aku perlukan kamu, menjadi tua bersama-sama

Menjadi dewasa dan matang

Kita adalah sebuah rumah yang asasnya kukuh

Tegak berdiri bersama sabar dan keikhlasan

Semoga silaturrahim ini di rahmati Allah dan mendapat perlindungan dariNya

AMIN…

2 comments: