Simpan dalam jadi makan dalam tapi tulaa yang sedap tu.Tapi bila simpan lama2 pun boleh jadi penat juga kan. Pastu bila dah terpendam lama-lama jadi laa bukit pastu rasa cm nak muntahkan aje semua yang kita simpan tu. Bila dah muntah,busuk semua orang tak nak dekat dah. Sebab itu lebih baik kite simpan dan maafkan sahaja apa yang terbuku kat dalam hati kita. Sedangkan nabi boleh memaafkan umatnya kenapa kita tak boleh buat eh ?
Saya tahu susah nak buat. Memaafkan tu senang tapi yang nak melupakan itu yang susah tapi kita mesti cuba. Walaupun sakit dalam hati tu bak ditikam dengan pisau berulang-ulang kali, ape nak buat kita ni semua bersaudara. Tak baik bergaduh-gaduhan, syak wangsaka, kutuk-mengutuk. Lebih baik kita berjalan kehadapan sahaja dan tak usahlah kita ungkit perkara-perkara yang lama. Tapi biasalah lumrah manusia,hidup ni semua ade je yang x kena kan. Kita mestilah kuat dan berani untuk bersuara tetapi sekali lagi tidak semua orang dalam dunia ni Allah S.W.T ciptakan dia kuat boleh luahkan semua yang xsedap di dalam hati-hati mereka.
Entahlaah, Saya rasa semua macam okay je bila bertemu namun ingin saya buahkan rasa pelik dan janggal kadang2 bila bersama-sama,saat2 bersama masih manis dan ada juga sedikit pahitnya. Nak buat macam mana kan itu laah lumrah berkawan. Ade yang kita rase die berubah jauh die membawa diri lari ke mane entah saya pun kurang pasti. Die berlari dan berlari mencari sesuatu yang pasti tapi tak ditemui. Apabila die tidak ketemu apa yang dicari, rebahlaah dan remuklaah hatinya. Cuba untuk berdiri balik. Alhamdulillah boleh berdiri balik walaupun kakinya terketar-ketar apabila mencuba buat kali pertama.
Kononya nak rasa sakit sorang2 tapi sebenarnya rasa sakit sorang2 itu yang membuatkannya lagi hilang menghalang entah ke mana. Disebabkan dia dah tutup semua suis, sebab dah xnak rasa apa2 kan. senang lagi mcm tu . xpayah nk bg serabut otak. Wahai kawan-kawan bangunlaah dari mimpi2 kamu semua. Mimpi-mimpi yang indah tapi xseindah yang kamu sangkakan. Percayalah padaku. Kita perlukan kawan dalam segala apa yang kita lalui. Sambutlaah tangan mereka dan berganding bahu ucapkan maaf jikalau ade tersilap kata atau tersalah bahasa kerana kawan akan ada sentiasa bersama kita.Ingatlah kata-kata ini.
Sampai di sini sahaja lah nukilan. Mohon maaf jika ada yang terkasar bahasa dalam coretanku ini. Saya hanya ingin memperingati diri sendiri dan kamu semua dan nak ingatkan kita ni ada ikatan yang sangat kuat,saling sayang-menyayangi walaupun jarang nk keluarkan perkataan tu. Janganlaa kite biarkan tali ini putus begitu sahaja kan. Bahawasanya watak2 dalam nukilan ini tidak ade kene mengena dengan yang masih hidup atau meninggal dunia.Semuanya hanya rekaan daripada apa yang dapat dilihat,dirasa dan didengar.
Sekian sahaja,
Semoga hari anda lebih baik dari hari yang sebelumnya.terima kasih ! :)
wow. i like this one
ReplyDeleteyeaa.not bad.
ReplyDelete