Tuesday, April 20, 2010

cerita si kupukupu kepada karipapanas....

kupukupu yang sudah penat belajar di taman ilmu dan budi akhirnya memulakan cutinya selama 3 bulan lebih......hmmm selama cuti itu jugalah sang kupukupu memikirkan apa yang harus dilakukan. sang kupukupu membuat keputusan untuk belajar mengendalikan kereta berhias untuk Maharani Rani. Maharani sangat suka kepada kereta berhias,lagi-lagi jika bertemakan Alice in Wonderland kerana beliau sangat suka kepada seorang watak "Mad Hatter".
pada suatu pagi setelah kupukupu bersiap sedia untuk keluar,kupukupu ternampak awan yang gebu menghiasi langit ciptaan Tuhan. Kupukupu berasa sangat kagum lalu berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil ubi kentang yang telah ibu kupukupu masak pada pagi itu.....
tibatiba,ibu kupukupu yang bernama cengkih tetapi tidak mahu menggunakannya,lalu beliau menggunakan nama glamornya "memelt" memanggil kupukupu. "Ibu mahu kamu pergi ke rumah kawan kamu bernama kayu manis untuk meminjam dua batang lidi,kata ibunya"
"Lidi? baiklah.....ibu,kata kupukupu"
kupukupu berjalan merentasi padang yang besar dan kupukupu terdengar bunyi lagu hindustan kush2 hota hei(eh...macam tu ke nak eja?macam pelik je) lalu penyakit sang kupukupu yang lama dahulu muncul kembali.......
kaki kupukupu mula menari dan tidak lama kemudian kupukupu mula berjoget seiring dengan irama lagu tersebut...tiba-tiba bila tiba di pertengahan lagu tersebut.....baju sang kupukupu mula bertukar menjadi baju dress berwarna merah dan sang kupukupu berada di atas bumbung kawannya,si kayu manis.
si kayu manis yang ketika itu sedang makan ubi terdengar bunyi bising di atas bumbungnya....si kayu manis ketakutan lalu memanggil abangnya untuk menemaninya. sang kupukupu menjerit meminta tolong dan merayu supaya menurunkannya dari bumbung tersebut....tiba-tiba pelangi muncul sambil soundtrack "halo" entah dari mana tah munculnya bergema.....
~TAMMAT~

No comments:

Post a Comment