kawan ni bukan senang nak dicari bagi sesetengah orang dan ada sesetengah orang pulak yang senang betuuul die dpt kawan. (jeles betul dekat orang yang macam ni, ntah ilmu apa yang die guna) oh tidak, tiada sebarang ilmu yang digunakan untuk mencari kawan. senang atau susahnya mencari kawan terletak pada individu itu sendiri. biasanya kita tak sedar yang diri kita sendiri ni macam ada satu tarikan yang buatkan orang suka dan senang nak mendekati kita. tak kesahla sama ada kita ni cantik ke, pandai ke, pandai bodek orang ke, pemalu ke, hensem ke, pandai lukis ke, nerd ke,naughty-naughty sikit ke... mesti ada je tarikan pada diri kita yang buat orang lain tertarik untuk berkawan dengan kita.
ada orang suka lepak dengan satu dua kawan baik die je, ada orang suka lepak dengan ramai kawan, kirenye macam satu geng lahh... kamceng gitu. lain orang lain cara die berkawan. ada orang berpendapat bahawa jikalau tak ramai kawan tu macam 2-3 orang tu kirenye diorang ni macam rapattt giller la... macam air dicincang takkan putus gitu. gaduh-gaduh pun diorang masih bersama. ada pulak pendapat yang bercanggahan yang menyatakan bahawa kalau ramai kawan tu (macam segerombolan) kirenye diorang ni sangatt rapat jugak tapi bile dah ramai2 tu kann, ada-ada jelah masalah dalaman antara diorang. bile gaduh, ada macam puak-puak gitu (hu-ha-ha!) yang akhirnya mungkin akan menyebabkan perpecahan di antara diorang.
tapi! tak semestinya ramai kawan tu tak elok... dalam dunia nilah kan, setiap benda mesti ada yang baik dan buruknya. jadi, tepuk dada, tanyalah selera, lu pikirlaa sndiri (gaya cam nabil raja lawakla pulakk aii) jadi, tak kesahlaa berapa ramai pun kawan yang kita ada dan kita pandai menjaga perhubungan sesama sahabat-sahabat kita ni... nescaya persahabatn yang telah terjalin akan kekal sampai ke anak cucu. best tak? mstila beshh... (tipu kalau kata tak best)
dikala kebosanan melayari internet ni saya ada terserempaklah dengan petua-petua untuk menjalin tali ikatan persahabatan yang sempurna dekat laman sesawang mana entahla, dah tak ingat. ah, tak kesahla dari mana janji isi dia baikk punyaa. jadi mari kita intai tips-tips yang dah disediakan ni:
- pertama sekali carilah kawan yang ada persamaan dengan kita. tak kesahla sama dari segi apa. macam minat nasyid ke, minat indie, hip hop, fesyen, sukan ataupun gosip. tp ada jugak kawan yang datang dari pelbagai latar belakang tapi selalu bersama. haihh, manusia ni mmg susah nak diramal. kadang-kadang perbezaan tu yang merapatkan persahabatan.
- berbaik-baik sesama kawan. jaga hati kawan sebab kawan ni manusia jugak kan, bukannya makhluk dari planet musytari ke apa. manusia punya hati dan perasaan; kalau kita baik dengan dia, dia pun baiklah dengan kita. kalau kita jahat dengan dia, jahat jugaklah dia dengan kita. tapi, jaga-jaga dengan yang hanya baik di depan tapi bukak topeng sebenar bila di belakang.
- terima segala kekurangan atau kelebihan kawan kita. kalau kita seorang kawan yang sejati, tak kisahla kawan kita tu perangainya macamana sekalipun, terimalah dia dengan seadanya. tiada siapa yang dilahirkan sempurna di dunia ni. ada yang cemburu dengan kawan dari pelbagai segi; pelajaran, penampilan, daya tarikan... macam-macam lagilah! kalau kita kawan yang baik, pasti kita terima kelebihan kawan kita tu dan jadikannya sebagai kayu ukur untuk kita perbaiki diri sendiri.
- kawan yang baik semestinya kawan yang bersedia untuk mendengar pendapat kawannya tanpa memprotes secara terbru-buru tanpa usul periksa semasa berkongsi cerita, ilmu. kalau nak protes pun guna ayat dan ton suara yang betul supaya kawan tak tersinggung.
- berikan kawan kita sedikit ruang supaya dia 'bebas' bernafas kerana dia juga mempunyai kehidupan dan hala tujunya sendiri. kawan yang baik memahami keadaan sahabatnya dan tidak terlalu mengongkong.
- sentiasa bersikap jujur dangan kawan namun janganlah 'terlalu' jujur sehingga tidak menjaga hati dan perasan mereka. seelok-eloknya berterus-terang dengan kawan supaya segala masalah dapat diselesaikan dan tidak berlanjutan hanya kerana masing-masing tidak berani untuk meluahkan segala ketidakpuasan di hati.
- elak dari menjaja keburukan kawan pada orang lain. hubungan persahabatan sekaligus akan menjadi retak sekiranya kawan kita mengetahui bahawa kita yang menceritakan tentang keburukannya pada pihak ketiga. jagalah maruah diri anda dan rakan.
- INGAT, sahabat yang setia ialah sahabat yang sentiasa berada di sisi kita tidak kira di masa susah, senang, gembira, sedih, bahagia atau murung.
semoga tips-tips ini dapat membantu kita untuk mengenali dengan lebih rapat lagi kawan-kawan kita sekaligus dapat juga membantu kita mencantum kembali tali persahabatan kita yang kian putus.
No comments:
Post a Comment