Aku peliklaa mengapa bila kita mahu melupakan sesuatu atau terlupa akan sesuatu tiba-tiba dia akan muncul kembali.Adakah ini satu ujian dari Allah SWT untuk kita memahami lagi apa yang sebenarnya kita mahukan dalam dunia ini?Aku pun tak tahu.Aku seperti kamu semua,manusia yang lemah.Pabila ku terjatuh sememangnya agak susah untukku berdiri teguh semula dan cuba untuk kuatkan semangat.
Alhamdulillah ada keluarga dan kawan-kawan disampingku yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dan supaya aku tidak la sepi dan sendiri sampai kan ku benci perasaan ini.Aku sangat tidak suka akan perasaan ku yang boleh membuatkan ku lemah dan pemikiranku menjadi teramat berserabut.Kadang-kadang manusia ni bertopeng-topeng di luar oh nampak sungguh gembira =D akan tetapi hanya tuhan yang tahu apa yang ada dalam isi hati mereka :'(
Yang membuatku rasa pelik tetapi kejadian yang benar adalah orang yang suka mengejar orang yang tidak menghargainya sebagai individu.Tambahan pula kepada individu-individu yang bergelar kekasih.Apa gunanya kita terhegeh-hegeh kalau orang itu tidak tahu bagaimana untuk hargai semua itu.Lagi-lagi jikalau mereka merupakan pasangan kekasih.Bagi saya,cinta hanya layak diberi kepada orang yang pandai menghargainya.Kata-kata tidak memadai.Boleh buang dalam tong sampah je.Yang penting adalah perbuatan kita bukan kata-kata.Orang boleh memanipulasi kata-kata dengan begitu senang sahaja.
Namun, aku bukanlah manusia lemah yang senang untuk dimanipulasi. Kita harus sedar! Bangkitlah wahai orang-orang yang sedang berada di dalam dilema! Berfikirlah dengan penuh rasional dan janganlah kita menyakiti orang yang kita sayangi. Ada kalanya kita terpaksa melepaskan seseorang itu pergi demi kebaikan diri kita dan orang lain. Mana satu yang lebih baik? biarlah anda sendiri fikirkannya...
No comments:
Post a Comment