karipapanas nama diberi,
senyum,tangis dikongsi bersama,
kepada rakan yang ku kasihi,
serangkap pantun aku memberi.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
belajar itu menjadi ibadah,
sekiranya tulus kerana Ilahi,
belajar itu menjadi bekalan diri,
sekiranya ilmu dituntut membawa faedah.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
ilmu dituntut harus bersebab,
agar cerah masa hadapan,
ilmu dituntut pelbagai sebab,
agar kebaikan masa hadapan.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
jangan tangisi jika terkandas,
ambil ia sebagai pengajaran,
jangan sekali diri terkandas,
ambil langkah dari awal pelajaran.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
hadir ku hanya untuk menasihati,
diharapkan tiada terambil hati,
semoga berjaya semester nanti,
diharapkan tiada tangisan menyesali.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
~kupukupu yang merindui karipapanas~
No comments:
Post a Comment