setelah lebih dari 3 bulan bersama, akhirnya ahli-ahli karipapanas berpisah buat sementara waktu.
pengembaraan mereka bersama akhirnya telah sampai ke penghujungnya.
akhirnya, keretapi yang dinaiki oleh mereka telah sampai ke destinasi masing-masing.
bagaimanakah perjalanan mereka seterusnya?
susah senang perjalanan mereka terletak pada diri masing-masing.
ayuh! berusahalah wahai ahli-ahli karipapanas!
percutian yang menggembirakan menanti anda semua! go go go! ole ole ole!
recap:
segala pahit getir telah kami lalui bersama...
ada masa kami merajuk, ada masa kami bergembira bersama.
ada masa kami menangis, ada masa kami bergelak sakan.
walau apapun cabaran yang mendatang,
setakat ini kami mampu menempuhinya bersama dengan fikiran yang positif
dan senyum lebar sampai ke pipi :D
sesungguhnya di sebalik segala ketidaksefahaman, ada hikmahnya.
sesungguhnya di sebalik segala usaha kami, ada ganjarannya apabila menyiapkan tugasan bersama.
namun, sangat sayu jika diimbas kembali bagaimana kami menempuhi segala rintangan sepanjang satu semester bersama.
tidak akan dilupakan sama sekali bagaimana kami sekeluarga bergembira bersama
walaupun kepenatan setelah seharian menghadap ilmu.
tidak lupa juga apabila kami bersama-sama berkongsi gosip panas di cafe.
setiap hari pasti ada saja perkara menarik yang berlaku pada setiap ahli karipapanas.
iya, sesungguhnya inilah kehidupan sebenar joyah di cafe karipapanas!
tidak kira siang atau malam, kami pasti ada cerita panas yang akan dikongsi bersama.
inilah kehebatan hidup membujang!
tidak ada sesiapa yang boleh menghalang kita daripada melakukan sesuatu perkara
dan apabila membujang, kita bebas menyukai sesiapa sahaja yang kita mahu,
dan tiada siapa yang boleh memarahi kita apabila kita menyukai lebih daripada satu.
oopsie, ada juga seorang ahli karipapanas yang telah mengakhiri zaman bujangnya...
namun, ia bukan penghalang untuk kami terus bersama.
di sini, tidak salah untuk diingatkan bahawa pelajaran itu sememangnya penting.
namun, sekali sekala apa salahnya jika kita bergembira menikmati zaman remaja.
bergembira pun, berpada-padalah juga.
ibadat wajib kepada yang Maha Esa tidak harus dilupakan.
bersempena dengan semester baru ini, ayuhla kita bina azam yang baru!
bina pemikiran yang baru dan berinovatif!
bina hubungan baik sesama kita!
demi mencapai kebahagiaan yang abadi.... (huh?)

hahahahaha :PP cool entry! ;) still ble suke comel kan :) x salah riiite :PP
ReplyDeleteyang maha mulia,
rani XD